MTFA urus hampir 600 janin Muslim tidak dituntut waris pada 2023, naik 33% dalam 4 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah janin Muslim yang tidak dituntut keluarga mereka yang diuruskan Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) meningkat kira-kira 33 peratus dalam tempoh empat tahun yang lalu.
Menurut MTFA, ia juga menunjukkan trend meningkat dari tahun ke tahun.
Pada 2020 dan 2021, kira-kira 450 janin yang tidak dituntut telah diberikan pengebumian yang sewajarnya.
Pada 2022 pula, 503 janin tidak dituntut dan jumlah itu meningkat kepada 599 setahun kemudian.
Sementara itu, dalam lima bulan pertama tahun ini sahaja, sebanyak 250 janin Muslim sudah diuruskan MTFA.
Janin-janin itu diuruskan perusahaan sosial MTFA iaitu Ihsan Casket.
Menurut Pengurus Ihsan Casket, Ustaz Muhammad Saiful Abdul Karim, MTFA dihubungi pihak hospital setiap bulan apabila ada janin-janin yang tidak dituntut para waris Muslim.

Janin-janin tersebut biasanya diambil secara bulanan dari lima hingga lapan buah hospital; dan identiti waris tidak dikenal pasti demi menjaga privasi mereka.
"Daripada segi janin, ada dua kategori. Kategori pertama, yang di mana di bawah 14 minggu. Kami membersihkan kami menyucikan. Kami menghilangkan segala kotoran seperti darah yang berada di janin tersebut dan kami mengkafankan dan kebumikan secara langsung.
"Kategori yang kedua apabila (janin) sudah besar lebih daripada 14 minggu, kami akan menunaikan solat jenazah ke atas janin-janin tersebut," jelas Ustaz Saiful kepada koresponden BERITA Mediacorp, Rosli A Razak.
URUSKAN PENGEBUMIAN ANGGOTA BADAN

Selain mengebumikan janin Muslim, Ihsan Casket juga menyediakan khidmat pengebumian anggota badan milik orang Islam secara percuma.
"Antara khidmat juga adalah menguruskan tubuh badan hasil daripada pembedahan atau pembedahan yang tidak dituntut oleh pemilik tubuh badan tersebut. Kami akan lakukan yang sama. Kami akan membersihkannya menghilangkan segala kotoran dan juga mengkafankan, membaluti dengan kain putih dan mengebumikannya," jelas Ustaz Saiful.
Pengurusan janin-janin dan sisa tubuh badan tersebut dilakukan di Masjid Pusara Aman dan Kemudahan Penyediaan Pengebumian di Jalan Bahar pada setiap akhir bulan.
"Alhamdulillah, pihak MTFA telah bekerjasama dengan pihak Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) apabila kami ingin mengebumikan janin-janin dan sisa badan yang tidak dituntut ini. Kami telah mendapat keizinan dari pihak ini untuk mengebumikan mereka di dalam satu plot di Pusara Abadi," tambahnya.
PENGURUSAN JENAZAH SECARA 'PRO BONO'

Sejak penubuhan Ihsan Casket pada tahun 2020, ia juga menyediakan khidmat pengebumian secara percuma atau 'pro bono' kepada individu Muslim yang tinggal sebatang kara atau kurang bernasib baik.
Dalam setahun, ia menyediakan khidmat tersebut kepada purata 30 hingga 40 jenazah Muslim dewasa.
40 peratus daripada kes-kes sebegitu melibatkan jenazah yang tidak dituntut oleh ahli waris.
"Boleh dikatakan 40 ke 50 peratus kes-kes begitu yang kami terima daripada pihak hospital. Kebanyakannya adalah jenazah warga tua atau yang berumur 60 tahun ke atas dan ada di antara mereka yang dikenal pasti hidup melarat, di mana mereka tiada ahli keluarga yang telah menghubungi mereka untuk sekian lama," kongsi Ustaz Muhammad Saiful.
Golongan kedua adalah jenazah yang mempunyai ahli keluarga tetapi tidak berkemampuan.
"Kes-kes sebegitu datangnya dari pihak hospital ataupun rumah penjagaan orang tua dan juga hospis. Kebiasaannya, dirujuk kepada kami melalui pegawai pekerja sosial perubatan. Mereka akan menghubungi kami di talian kami dan 24 jam sehari apabila mereka memerlukan khidmat perkhidmatan kami," kongsi Ustaz Saiful.
LANCAR KHIDMAT DANA KHAIRAT KEMATIAN 'IHSAN LEGACY'
Beliau menjelaskan bahawa kos pengurusan jenazah yang dilakukan secara pro bono itu dibiayai menggunakan hasil khidmat pengurusan jenazah berbayar yang ditawarkan Ihsan Casket serta sumbangan masyarakat.
Bagi memastikan usaha murni itu dapat diteruskan, ia juga melancarkan satu lagi perkhidmatan baharu iaitu 'Ihsan Legacy' pada Sabtu (1 Jun).
Ia menawarkan pakej langganan khairat meliputi bantuan nasihat, dokumentasi, khidmat van jenazah, memandikan dan mengkafankan jenazah serta pengebumian.
"Ihsan Legacy iaitu Khairat Ihsan yang dapat membantu masyarakat membuat perancangan awal tentang apabila berlakunya kematian untuk diri mereka ataupun ahli keluarga mereka. Mereka telah buat persiapan dari segi kewangan untuk membantu atau untuk menguruskan jenazah mereka.

"Antara faedah inisiatif ini, waris boleh menggunakan atau boleh memindah pemilikan atau perkhidmatan ini kepada ahli keluarga mereka jika mereka memerlukan perkhidmatan ketika itu dan antaranya juga adalah membuat persiapan awal untuk diri mereka. Hasil daripada sumbangan apabila mendapat perkhidmatan ini akan disalurkan.
"Yuran ataupun hasil daripada perkhidmatan sebegini akan disalurkan kepada membantu mereka yang memerlukan perkhidmatan kami secara percuma dan juga memberikan kebaikan kepada mereka dan sebahagian daripada sumbangan tersebut akan disalurkan kepada Darul Ihsan," kata Ustaz Saiful.
Yuran bagi khidmat tersebut antara S$1,600 hingga S$1,800.
MTFA juga menganjurkan kursus 'Fiqh Jenazah' di Masjid Al-Iman pada Sabtu lalu (1 Jun).
Selain kursus berbayar, ia juga menyediakan kelas percuma di bawah program pembangunan sosial masjid bagi penerima zakat.
Pada hujung Mei lalu misalnya, ia bekerjasama dengan empat masjid iaitu Masjid Haji Mohd Salleh, Masjid Kassim, Masjid Salim Mattar dan Masjid Al-Islah untuk menganjurkan kursus pengurusan jenazah untuk 50 penerima zakat.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.