Skip to main content

Singapura

MTFA, Darul Ihsan sangkal berita palsu berhubung agihan baki daging korban

Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dan Rumah Anak Yatim Darul Ihsan pada Selasa (11 Ogos) menyangkal berita palsu yang tersebar di WhatsApp mengenai pengagihan baki daging korban yang tidak diambil. 

Anggaran Waktu Membaca:
MTFA, Darul Ihsan sangkal berita palsu berhubung agihan baki daging korban

Makluman di laman Facebook MTFA dan Rumah Anak Yatim Darul Ihsan. (Gambar: Facebook/MTFA)

SINGAPURA: Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dan Rumah Anak Yatim Darul Ihsan pada Selasa (11 Ogos) menyangkal berita palsu yang tersebar di WhatsApp mengenai pengagihan baki daging korban yang tidak diambil.

Menurut kandungan mesej itu, sesiapa yang mempunyai kelapangan sebelum hari Jumaat boleh ke Darul Ihsan di Mattar Road, yang mengagihkan daging korban yang "terlalu banyak" sekitar 1 tan kerana banyak penerima tidak datang mengambilnya.

Menurut pesanan tersebut lagi, daging korban itu juga harus segera diagihkan kerana sewa peti ais setakat sehingga Jumaat saja.

Related article image

Bagaimanapun dalam catatan-catatan di laman Facebook, MTFA dan Rumah Anak Yatim Darul Ihsan mengesahkan bahawa mesej berkenaan adalah palsu.

Malah semua daging korban sudahpun diagihkan pada 10 Ogos, dedah kedua-dua pihak.

Related article image
Makluman di laman Facebook MTFA dan Rumah Anak Yatim Darul Ihsan. (Gambar: Facebook/MTFA)

(Gambar: Facebook/MTFA)

Kedua-dua pihak turut memohon maaf atas sebarang kesulitan dan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada MTFA dan Rumah Anak Yatim Darul Ihsan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita