Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MSO tubuh unit khas tangani pertikaian antara jiran tetangga; guna sensor berteknologi tinggi untuk siasat & ambil tindakan

Anggaran Waktu Membaca:
MSO tubuh unit khas tangani pertikaian antara jiran tetangga; guna sensor berteknologi tinggi untuk siasat & ambil tindakan

(Gambar: Today/Ili Nadhirah Mansor)

SINGAPURA: Unit penguatkuasaan untuk menangani kes gangguan bunyi bising yang "teruk" di kawasan-kawasan kejiranan telah ditubuhkan sebagai sebuah projek perintis, dengan kuasa para pegawai itu dijangka akan dipertingkatkan dengan penggunaan teknologi seperti sensor bunyi bising untuk membantu mereka menyiasat kes-kes sedemikian.

Cik Sim Ann, Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara, memberi kemas kini tersebut pada Selasa (5 Mac) semasa membahaskan peruntukan bagi kementeriannya.

Rancangan untuk mempertingkatkan bidang kuasa pegawai penguat kuasa untuk menyiasat pertikaian melibatkan jiran tetangga yang serius, di mana sesetengah individu dengan sengaja menyebabkan gangguan bunyi bising sepanjang tempoh yang berpanjangan, telah diumumkan tahun lalu.

Cik Sim, yang juga Menteri Negara Kanan Ehwal Luar, berkata pada Selasa (5 Mac) bahawa unit penguatkuasaan tersebut, yang terdiri daripada pasukan "kakitangan yang berdedikasi", tidak lama lagi akan diberikan bidang kuasa dan teknologi yang lebih kukuh untuk mereka menyiasat dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pertikaian yang teruk dalam kalangan jiran, walaupun jumlah kes sedemikian cuma segelintir sahaja.


Pasukan perintis ini telah ditubuhkan oleh Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (MSO) di bawah Kementerian Pembangunan Negara (MND), yang menyelaras khidmat tersebut.

MND juga sedang merancang untuk menggunakan alat-alat seperti sensor bunyi bising di kawasan-kawasan awam, dalam rumah, atau kedua-duanya, untuk membantu siasatan.

Tahun lalu, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) menyarakan memberi bidang kuasa yang lebih besar kepada pegawai penguat kuasa kuasa untuk menyiasat pertikaian jiran yang serius, antara peningkatan yang dicadangkan kepada Rangka Kerja Pengurusan Pertikaian Masyarakat.
Langkah lain yang disarankan termasuk mewajibkan timbang tara antara pihak-pihak yang bertikai.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, MND turut mendedahkan bahawa unit perintis tersebut mestilah bersedia secara operasi dan berkesan, ia juga mesti “diberikan kuasa yang sewajarnya".

Ini termasuk kuasa untuk merakam keterangan, diberikan keizinan untuk memasang alat pengesan bunyi dan mengeluarkan 'arahan berhenti' membuat bunyi bising terhadap seseorang individu.

Pasukan perintis itu sedang bekerja rapat dengan para sukarelawan akar umbi, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan agensi-agensi lain untuk membiasakan diri dengan kes-kes demikian, kata Cik Sim.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan