Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

M'sia tarik balik separa larangan eksport ayam

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jun 2022 01:54PM Dikemas Kini : 14 Jun 2022 11:57PM

SINGAPURA: Malaysia menarik balik separa larangan eksport ayam, sekali gus membenarkan pengimport ayam segar untuk kembali membawa masuk ayam kampung dan hitam mulai Selasa (14 Jun). 

Dalam surat daripada Jabatan Khidmat Veterinar Malaysia yang dilihat Mediacorp, pihak berkuasa itu menyatakan, eksport ayam segar dan hitam akan dibenarkan sekali lagi, menyusuli keputusan Kabinet pada 8 Jun. 

Surat itu turut menyatakan eksport produk ayam seperti nuget atau sosej akan dibenarkan beroperasi semula. Namun, larangan ayam panggang komersil - ayam-ayam lebih besar yang merangkumi sebilangan besar ayam yang diimport Singapura daripada Malaysia - akan kekal dikuatkuasakan. 

Malaysia mengenakan larangan eksport ayam pada 1 Jun untuk memastikan terdapat bekalan yang mencukupi bagi pasaran domestik. 

Singapura mengimport sekitar 34 peratus ayamnya daripada Malaysia, dengan hampir semunya dibawa masuk sebagai ayam segar yang kemudian disembelih dan dibekukan di sini. 

Beberapa hari sebelum dan selepas larangan itu berkuat kuasa, permintaan ayam di Singapura sangat tinggi, mendorong harga untuk naik. Sesetengah gerai nasi ayam juga terpaksa menutup kedai buat sementaranya. 

Encik Ma Chin Chew, Setiausaha Persatuan Pedagang Ayam Singapura dan CEO syarikat Hup Heng Poultry Industries mengesahkan bahawa syarikatnya sudah kembali mengimport ayam kampung dan hitam pada Selasa (14 Jun). 

Ayam itu akan dijual kepada penjual di pasar basah, pusat penjaja dan restoran mulai Rabu (15 Jun). 

Encik Ma berasa lega bahawa larangan eksport itu ditarik balik buat seketika, namun meluahkan keprihatinannya terhadap jumlah yang sedia ada. 

Ayam panggang merupakan sumber utama pendapatan Hup Heng Poultry Industries, yang sebelum ini membawa masuk kira-kira 100,000 hingga 120,000 ayam panggang setiap hari. Ini dibandingkan import ayam hitam sekitar 5,000 hingga 10,000 ekor dan 30,000 hingga 40,000 ayam kampung setiap hari. 

"Ia bukan terlalu banyak atau terlalu sedikit kerana kos ayam kampung lebih tinggi berbanding ayam panggang biasa, jadi saya tidak rasa penjual akan beralih sepenuhnya kepada menjual ayam kampung buat masa ini," kata Encik Ma kepada Mediacorp. 

Jumlah ayam kampung dan hitam yang sedia ada juga terhad, katanya. 

"Sekiranya seorang pelanggan hanya membuat pesanan untuk 20 ekor ayam dan saya menghantarnya, dan bukan 100 atau 200 ekor, kosnya lebih tinggi." 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan