Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

M'sia, S'pura rakan kongsi 'mantap, boleh dipercayai' sepanjang pandemik: Vivian Balakrishnan

Malaysia dan Singapura kekal sebagai rakan kongsi yang mantap, boleh dipercayai dalam menghadapi cabaran yang datang daripada krisis COVID-19, kata Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan pada Khamis (19 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura kekal sebagai rakan kongsi yang mantap, boleh dipercayai dalam menghadapi cabaran yang datang daripada krisis COVID-19, kata Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan pada Khamis (19 Mei).

Dr Balakrishnan bercakap kepada media pada hari terakhir lawatan kerja selama tiga hari ke Malaysia, di mana beliau bertemu dengan ahli politik kanan dan personaliti dari Malaysia.

"Dua tahun yang lalu adalah sukar bagi para penduduk dari kedua-dua bahagian koswe. Namun satu elemen utama yang dicapai adalah pada hakikatnya kedua-dua pihak, Malaysia dan Singapura, merupakan rakan kongsi yang mantap, boleh dipercayai sepanjang krisis ini," kata Dr Balakrishnan.

"Kami memastikan rantaian bekalan kami terbuka, aliran khidmat penting - makanan, perubatan, logistik, rantaian bekalan tidak terjejas sepanjang tempoh ini walaupun di tengah-tengah krisis yang berlaku," katanya.

Apabila ditanya sama ada ia sukar untuk mengekalkan dan membangunkan hubungan dua hala di tengah-tengah ketidaktentuan politik di Malaysia, Dr Balakrishnan berkata situasi politik di Malaysia adalah "mencabar dan rumit" sejak Pilihan Raya Umum 2018.

Sekalipun demikian, beliau berkata kekuatan hubungan dua hala dan tahap kepercayaan antara Singapura dengan Malaysia diperkukuh semasa pandemik.

"Hakikat bahawa kita dapat bekerjasama, dapat menyokong satu sama lain - semasa detik-detik penting ini dan ini adalah perbezaannya."

Dr Balakrishnan menambah, persahabatan yang sudah lama terjalin bersama Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Hishammuddin Hussein membantunya untuk berkomunikasi secara berkesan demi manfaat bersama kedua-dua negara.

"Saya sudah mengenali Perdana Menteri Ismail (Sabri), Menteri Pertahanan Hishammuddin selama hampir dua dekad.

"Dan hubungan ini sudah melalui masa sukar dan senang... saya akan katakan kita adalah kawan," kata Dr Balakrishnan.

Beliau menambah: "Saya rasa sebagai pemimpin politik di kedua-dua pihak, tugas utama kita adalah untuk memajukan kepentingan, keselamatan dan peluang untuk rakyat masing-masing.

"Namun sebagai teman, mempunyai sejarah yang sudah lama terjalin dalam interaksi dan pendampingan memastikan bahawa kita dapat berinteraksi secara berkesan, tanpa salah faham dan kita dapat bekerjasama dengan berkesan dan membuahkan hasil projek yang memberi manfaat bersama."

Dr Balakrishnan berkata bahawa semasa lawatannya, beliau mengadakan pertemuan dengan Encik Ismail Sabri, Encik Hishammuddin, Menteri Luar Saifuddin Abdullah serta para pemimpin lain dari seluruh spektrum politik.

Beliau juga mengadakan pertemuan dengan Timbalan Raja Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan