Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MSF rancang bantu warga tua daftar Surat Kuasa Berkekalan secara online

Terdapat rancangan untuk mendidik warga tua tentang cara membuat pendaftaran bagi Surat Kuasa Berkekalan (LPA) secara online.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Jul 2021 08:04PM Dikemas Kini : 06 Jul 2021 09:15PM

SINGAPURA: Terdapat rancangan untuk mendidik warga tua tentang cara membuat pendaftaran bagi Surat Kuasa Berkekalan (LPA) secara online.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Eric Chua berkata demikian ketika beliau menjelaskan beberapa kebimbangan mengenai LPA digital, yang diutarakan oleh Anggota Parlimen pada Selasa (6 Jul).

Satu rang undang-undang diluluskan di Parlimen pada Selasa (6 Jul) yang membenarkan individu membuat pendaftaran bagi LPA digital.

LPA membenarkan seorang individu melantik individu lain untuk membuat keputusan bagi pihaknya sekiranya beliau hilang upaya mental.

Individu yang dilantik boleh menerima pelantikan mereka dengan lebih mudah dengan memanfaatkan LPA digital.

Oleh itu, para kakitangan MSF akan dilatih untuk membantu warga tua dalam mendaftarkan diri bagi LPA secara online.

Sumber : CNA/NA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan