MSF pulangkan anak-anak Han Hui Hui dengan syarat; diberi arahan POFMA berhubung dakwaan dalam penstriman langsung
Aktivis politik Han Hui Hui pada Isnin (16 Mac) disatukan semula dengan anak-anaknya setelah mereka diambil daripada jagaannya atas keprihatinan keselamatan, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) serta Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (17 Mac).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Aktivis politik Han Hui Hui pada Isnin (16 Mac) disatukan semula dengan anak-anaknya setelah mereka diambil daripada jagaannya atas keprihatinan keselamatan, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) serta Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (17 Mac).
Beliau juga diberikan arahan pembetulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) berhubung kenyataan palsu yang dibuat di Facebook dan penstriman langsung YouTube tentang pengambilan anak-anak beliau daripada jagaannya.
Catatan itu tidak lagi dapat dilihat, menurut pemeriksaan Mediacorp pada Selasa malam.
"Pemerintah memandang serius penyebaran kepalsuan yang disengajakan," menurut SPF dan MSF.
Arahan pembetulan itu dikeluarkan atas arahan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifkli.
Ia dilakukan bagi melindungi kepercayaan awam dan memastikan fakta yang tepat dikongsi, menurut pihak berkuasa.
Ini merupakan kali pertama arahan pembetulan POFMA dikeluarkan berhubung kepalsuan mengenai cara pemerintah mengendalikan kanak-kanak di bawah jagaan perlindungan, menurut MSF dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp.
Cik Han dikehendaki menerbitkan arahan pembetulan itu.
PENYATUAN SEMULA
Anak-anak Cik Han diambil daripada jagaannya pada 15 Februari setelah polis diminta membantu berikutan dakwaan berlaku pertengkaran antara ibu mentua Cik Han dengan anak-anaknya.
MSF dan SPF menyatakan pada Selasa kementeriannya sudah selesai menjalankan siasatan sosial.
"Kejadian pada 15 Februari itu berpunca daripada konflik melibatkan Cik Han, suaminya dan ibu mentua Cik Han.
"Anak-anak mereka turut terbabit dalam konflik tersebut dan didapati terlibat dalam pergaduhan yang didakwa berlaku dengan nenek mereka.
"Justeru, tidak lagi wajar untuk teruskan rancangan keselamatan sedia ada
(di mana nenek sebelah bapa kanak-kanak berkenaan ditetapkan sebagai orang dewasa yang selamat untuk menjaga kebajikan kanak-kanak itu)."
Ketiga-tiga kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK dan MSF melancarkan siasatan sosial menyeluruh yang termasuk semakan terhadap rancangan keselamatan itu.
MSF menilai bahawa adalah wajar untuk mewujudkan langkah perlindungan tambahan sebelum mereka boleh pulang ke pangkuan keluarga mereka.
Menyusuli persidangan keluarga pada Isnin, MSF bekerjasama dengan Cik Han dan suaminya untuk melaksanakan langkah perlindungan tambahan itu, dan kesemua anak mereka pulang ke dalam jagaan Cik Han pada Isnin.
Langkah-langkah perlindungan itu adalah:
- Penglibatan orang dewasa lain daripada kalangan saudara mara untuk melakukan pemeriksaan tambahan terhadap ketiga-tiga kanak-kanak itu (melalui kunjungan secara fizikal dan panggilan video).
- Cik Han dan suaminya perlu mendapatkan bantuan profesional bersasar dari sebuah agensi yang dilantik MSF bagi menangani penggunaan kekerasan terhadap satu sama lain dan melibatkan anak-anak mereka dalam konflik, serta mengukuhkan amalan keibubapaan yang selamat.
- MSF dan para kakitangan akan bekerja rapat dengan khidmat-khidmat yang disediakan untuk kesemua kanak-kanak itu, seperti sekolah, khidmat jagaan selepas sekolah dan program kunjungan ke rumah untuk memantau dan menyokong keselamatan dan kebajikan mereka. Para karyawan itu akan memaklumkan MSF jika timbul sebarang kebimbangan.
KENYATAAN PALSU
MSF dan polis menyatakan mereka sedia maklum mengenai penstriman langsung Cik Han pada 11 Mac, yang dimuat naik ke Facebook dan YouTube.
Pihak berkuasa menyatakan catatan tersebut mengandungi kenyataan palsu.
Ini termasuk dakwaan bahawa prosedur pengambilan anak-anak Cik Han daripada jagaannya tidak dilakukan mengikut undang-undang dan MSF mengambil anak-anak daripada pangkuan keluarga masing-masing walaupun tiada keganasan yang berlaku, supaya ia dapat menunjukkan terdapat kadar penyatuan semula yang tinggi.
Cik Han juga mendakwa beliau tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan MSF berhubung penempatan anak-anaknya di bawah jagaan perlindungan, dan MSF cuba menyembunyikan kebenaran tentang keadaan fizikal anak-anak Cik Han dengan memberitahu Cik Han agar jangan merakam atau memetik gambar anak-anaknya.
Cik Han mendakwa MSF mengancam untuk menyekat akses beliau kepada anak-anaknya melainkan dia menghapuskan catatan media sosial yang tidak selaras dengan dasar pemerintah sedia ada, dan bahawa MSF cuba menghalang Cik Han daripada mendapat akses kepada anak-anaknya secara berkekalan.
Beliau juga berkata polis belum selesai menjalankan siasatan yang bermula pada Ogos 2025.
RESPONS MSF, POLIS
Sejak Ogos 2025, polis menerima beberapa aduan daripada Cik Han dan suaminya, melibatkan beberapa tuduhan keganasan terhadap satu sama lain.
Terdapat juga tuduhan terhadap Cik Han dan suaminya, yang menimbulkan keprihatinan mengenai keselamatan dan kebajikan ketiga-tiga anaknya.
Satu rancangan keselamatan demi melindungi anak-anaknya dilaksanakan oleh sebuah Pusat Pakar Perlindungan Kanak-Kanak (dikendalikan oleh sebuah agensi khidmat sosial) pada Oktober 2025, menurut MSF dan SPF.
Cik Han dan suaminya menyatakan persetujuan mereka bagi rancangan keselamatan itu.
Ia antara lain menyatakan bahawa seorang dewasa yang dipilih - iaitu nenek sebelah bapa kanak-kanak tersebut - akan berpindah ke rumah mereka bagi menyelia jagaan anak-anak Cik Han.
Antara Januari dengan Februari lalu, polis menerima aduan baharu yang dibuat oleh Cik Han, suaminya dan ibu mentua Cik Han terhadap satu sama lain.
Setelah mempertimbangkan sejarah laporan keganasan keluarga dan bahawa rancangan keselamatan yang melibatkan nenek sebelah bapa sebagai orang dewasa yang selamat tidak lagi boleh dilaksanakan, polis memutuskan untuk mengeluarkan ketiga-tiga kanak-kanak itu daripada rumah Cik Han, dengan menggunakan kuasa mereka di bawah Seksyen 11(1) Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda 1993 (CYPA), untuk penilaian perubatan dan penjagaan.
Kanak-kanak itu dibawa ke KKH – sebuah tempat yang ditetapkan untuk penjagaan dan perlindungan sementara di bawah Seksyen 31 CYPA. Pada hari yang sama, polis juga merujuk perkara itu kepada MSF untuk siasatan sosial lanjut.
Pada 19 Feb, Cik Han dan suaminya menandatangani Perjanjian Penjagaan Sukarela, yang merakamkan persetujuan mereka bahawa anak-anak mereka akan kekal di hospital dengan lawatan berasingan yang diselia setiap minggu sementara pengaturan penjagaan selamat selanjutnya diselesaikan dengan keluarga itu.
Cik Han menghadiri sesi lawatan yang diselia dengan anak-anaknya di hospital pada 20 Feb dan 26 Feb, serta 1 Mac, 3 Mac dan 6 Mac.
Suami Cik Han diatur untuk melakukan lawatan yang diselia pada 21 Feb dan 27 Feb, kata MSF dan polis sebelum ini.
Pada 1 Mac, Pegawai Perlindungan (PO) MSF memberitahu Cik Han semasa sesi lawatan beliau dengan anak-anaknya bahawa beliau boleh mengambil foto dan video anak-anaknya untuk kenangan peribadi, tetapi beliau tidak dibenarkan menyiarkannya secara terbuka, bagi melindungi identiti mereka.
Walaupun diberikan arahan yang jelas, pada 7 Mac, Cik Han menyiarkan video anak-anaknya yang diambil semasa sesi lawatan pada 1 Mac.
Video tersebut disiarkan di laman media sosial awamnya.
Pada 11 Mac, PO MSF sekali lagi mengingatkan Cik Han supaya tidak mengambil sebarang foto atau video anak-anaknya semasa sesi lawatan beliau dan menjelaskan ia adalah untuk melindungi identiti anak-anak itu.
Walau bagaimanapun, Cik Han meneruskan penstriman langsung interaksinya dengan PO berkenaan. PO itu meminta kerjasamanya untuk berhenti merakam perbualan mereka dan meneruskan lawatan beliau.
Memandangkan Cik Han meneruskan rakaman videonya, PO itu tidak dapat meneruskan sesi lawatan tersebut. MSF tidak pernah mengancam untuk menyekat akses Cik Han kepada anak-anaknya melainkan beliau memadamkan siaran media sosialnya yang tidak selaras dengan dasar pemerintah sedia ada.
MSF dan SPF menyatakan pengambilan anak-anak daripada keluarga mereka adalah langkah terakhir, digunakan hanya apabila: (a) dinilai bahawa terdapat bahaya segera kepada keselamatan dan kebajikan kanak-kanak terbabit; atau (b) apabila anak-anak tidak boleh kekal selamat dalam jagaan ibu bapa atau penjaga, dan pengaturan alternatif untuk penjagaan selamat tidak mungkin disediakan.
Mereka menambah bahawa walaupun dalam keadaan sedemikian, MSF terus bekerjasama dengan keluarga terbabit untuk menyokong kepulangan anak-anak berkenaan jika boleh. Semua tindakan yang diambil adalah mengikut kuasa yang ditetapkan dalam CYPA dan perundangan lain yang berkaitan.
"Matlamat utama tetap penyatuan semula yang selamat apabila boleh. Walaupun anak-anak itu diambil daripada keluarga mereka, MSF dan agensi pakar perlindungan berasaskan komuniti bekerja secara intensif dengan keluarga, menyediakan campur tangan yang disasarkan, kaunseling, dan perkhidmatan sokongan untuk menangani isu asas yang membawa kepada pengambilan anak-anak berkenaan, bagi menyokong kepulangan selamat kepada keluarga."
Siasatan polis terhadap laporan yang dibuat oleh Cik Han dan suaminya antara Ogos dan Disember 2025 selesai pada Februari 2026.
Berikutan penyiapan siasatan, polis mengeluarkan amaran bersyarat 24 bulan terhadap Cik Han dan suaminya, masing-masing pada 9 Feb dan 11 Feb.
Berikutan laporan yang dibuat antara Ogos dan Disember 2025, Cik Han, suaminya dan nenek sebelah bapa kanak-kanak itu telah membuat lebih banyak laporan terhadap satu sama lain, termasuk dakwaan keganasan oleh nenek sebelah bapa kanak-kanak itu pada 15 Feb 2026.
Siasatan polis terhadap laporan yang lebih baru ini sedang dijalankan.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.