Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MSF perluas skop bagi pastikan pertubuhan masyarakat lebih perkasa bantu mangsa dera

Pertubuhan-pertubuhan masyarakat kini lebih diperkasa bagi membantu lebih ramai mangsa dera.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Feb 2022 07:24PM Dikemas Kini : 08 Feb 2022 09:01PM

SINGAPURA: Pertubuhan-pertubuhan masyarakat kini lebih diperkasa bagi membantu lebih ramai mangsa dera.

Ini menyusuli langkah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) memperluaskan skop programnya untuk melatih rakan kongsi yang lebih pelbagai.

Mereka termasuk sekolah dan tempat kerja yang dilatih untuk mengesan dan melaporkan keganasan domestik serta dalam kalangan ahli keluarga.

Bengkel-bengkel Kesedaran Tentang Keganasan Keluarga dan Domestik yang diperbaharui melatih para peserta untuk mengenal pasti pelbagai jenis penderaan dan pengabaian.

Ini termasuk yang berlaku di luar keluarga seperti antara pasangan kekasih.

Para peserta juga diberi tunjuk ajar tentang talian bantuan serta sumber yang menyediakan ruang yang selamat untuk mangsa didengar dan dibantu.

Pihak MSF bercadang untuk melatih lebih banyak rakan kongsi dalam masyarakat.

Ini terutama mereka yang rapat dengan kes-kes yang berisiko mengalami keganasan domestik serta sukar dijangkau menerusi kempen pendidikan.

"Kita mungkin perlu sesuaikan program latihan mengikut peringkat umur, serta kumpulan dan titik sentuhan yang pelbagai.

"Salah satunya, di tempat kerja di mana kita boleh bekerja rapat dengan pihak HR yang boleh menjadi sumber bagi para pekerja buat rujukan. Satu lagi adalah di sekolah. Jadi kita mungkin perlu ubahsuai latihan kesedaran kita," kata Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling.

Sumber : CNA/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan