Skip to main content

Singapura

MSF naikkan elaun titipan bagi pikat lebih ramai pasangan ambil anak titipan remaja

Anggaran Waktu Membaca:
MSF naikkan elaun titipan bagi pikat lebih ramai pasangan ambil anak titipan remaja

Keluarga titipan juga akan terus menerima pakej bantuan menyeluruh pemerintah dalam bentuk subsidi dan sokongan, menurut Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Keluarga. (Gambar: iStock)

Diterbitkan : 23 Aug 2025 03:24PM Dikemas Kini : 23 Aug 2025 03:26PM
SINGAPURA: Ibu bapa titipan yang menjaga anak titipan remaja akan mula menerima elaun bulanan lebih tinggi pada November, sebagai sebahagian daripada langkah baharu untuk menggalakkan lebih ramai keluarga menjaga anak titipan remaja, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Sabtu (23 Ogos).

Selain itu, kriteria pendapatan minimum isi rumah dan pendidikan turut dimansuhkan bagi pemohon ibu bapa titipan, menurut MSF dalam kenyataan.

Perubahan itu berkuat kuasa pada Julai tahun lalu.

Dalam ucapannya di acara tahunan Rumah Terbuka Titipan di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura, Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Goh Pei Ming berkata kriteria kelayakan yang diperluaskan itu bertujuan menggalakkan lebih ramai pasangan "tampil ke hadapan dan melakukan perubahan yang berkekalan".

"Walaupun ramai ibu bapa titipan secara semula jadi lebih cenderung mengambil kanak-kanak sebagai anak titipan, anak titipan remaja juga mendapat manfaat yang mendalam daripada penjagaan dan konsistensi persekitaran keluarga."

Atas tujuan itu, ibu bapa titipan yang menjaga anak titipan berusia 13 tahun dan ke atas akan menerima elaun S$1,300 sebulan berbanding S$1,100 sekarang.

Mereka yang menjaga anak titipan berusia 13 tahun dan ke atas yang berkeperluan khas atau mempunyai keperluan perubatan akan menerima elaun S$1,800, iaitu satu kenaikan daripada S$1,500.

Elaun titipan itu akan berakhir apabila remaja itu mencecah usia 21 tahun, atau mula bekerja sepenuh masa atau memasuki Perkhidmatan Negara.

Ia juga akan ditamatkan selepas belia itu menggantung atau selesai pengajiannya.

Langkah itu dijangka memberi manfaat kepada sekitar 130 remaja dan ibu bapa titipan mereka.

Setakat Disember 2024, terdapat 530 anak titipan dan 633 keluarga titipan.

Sekitar tiga daripada lima remaja yang diberi penjagaan luar dari rumah berada dalam penjagaan perumaha, manakala hanya seorang daripada lima berada dalam jagaan sebagai anak angkat. Selebihnya dijaga oleh saudara mereka.

"Kami sedia maklum kos menjaga remaja seringkali lebih tinggi berbanding kanak-kanak kecil, daripada kos makanan dengan pakaian sehingga keperluan sekolah dan aktiviti riadah.

"Jumlah elaun yang ditingkatkan itu bantu mengurangkan perbelanjaan tambahan dan memudahkan perjalanan penjagaan anak titipan," menurut MSF dalam satu kenyataan.

MSF juga menambah ibu bapa titipan akan tetap menerima pelbagai subsisdi dan sokongan pemerintah, termasuk khidmat yang menggalakkan kesejahteraan, pembangunan kanak-kanak dan penyepaduannya ke dalam kehidupan bermasyarakat dan berkeluarga.

KELAYAKAN JADI IBU BAPA TITIPAN YANG LEBIH MELUAS

Berhubung keputusannya menghapuskan kriteria pendapatan isi rumah minimum dan pendidikan, MSF berharap peluasan kriteria kelayakan akan menggalakkan lebih ramai pasangan bersikap "lebih terbuka untuk mengambil anak titipan".

"Pengalaman kita dengan titipan menunjukkan bahawa keupayaan menyediakan persekitaran rumah yang selamat, stabil dan memupuk tidak ditentukan oleh kelayakan akademik sahaja," menurut MSF.

Sebelum Julai 2024, MSF menetapkan syarat-syarat para pemohon harus mempunyai sijil tamat pendidikan sekolah menengah serta mempunyai hasil pendapatan isi rumah minimum sebanyak S$2,000 dan pendapatan per kapita sekurang-kurangnya S$700.

Dengan perubahan itu, para pemohon tetapi perlu lagi menjalani penilaian isu rumah holistik bagi memastikan mereka boleh menyediakan jagaan dan kestabilan yang diperlukan oleh anak-anak titipan.

Pasangan itu juga perlu "stabil dari segi kewangan dan sihat dari segi perubatan untuk menjaga kanak-kanak," menurut kriteria kelayakan yang dikemas kini.

Para pemohon yang berminat menjadi anak titipan haruslah sudah berumah tangga dan membuat permohonan bersama sebagai satu pasangan dan kedua-duanya harus berusia sekurang-kurangnya 25 tahun.

Mereka juga harus komited untuk menyediakan "persekitaran rumah yang membina dan selamat untuk kanak-kanak" bagi anak titipan dalam jagaan mereka.

Ini termasuk amalan penjagaan yang menghormati orang lain dan tidak menggunakan hukuman fizikal seperi sebat atau dipukul.

Mereka yang dinilai sesuai akan diberi sokongan melalui latihan berstuktur, elaun titipan dan bimbingan kerja kes untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran dan sumber sesuai bagi menyediakan persekitaran rumah yang memupuk kanak-kanak itu.
Sumber : CNA/HZ/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita