Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MSF lancar talian 24 jam bagi mangsa keganasan keluarga, orang awam dapatkan bantuan

Sesiapa yang mengalami atau tahu tentang sesuatu kejadian penderaan terutama sekali keganasan keluarga, kini boleh memanfaatkan Talian Bantuan Anti-Keganasan Kebangsaan yang beroperasi 24 jam.

Anggaran Waktu Membaca:
MSF lancar talian 24 jam bagi mangsa keganasan keluarga, orang awam dapatkan bantuan

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 23 Feb 2021 08:07PM Dikemas Kini : 23 Feb 2021 08:09PM

SINGAPURA: Sesiapa yang mengalami atau tahu tentang sesuatu kejadian penderaan terutama sekali keganasan keluarga, kini boleh memanfaatkan Talian Bantuan Anti-Keganasan Kebangsaan yang beroperasi 24 jam.

Talian bersepadu itu adalah yang pertama ditubuhkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) untuk memudahkan para mangsa mendapatkan bantuan.

Nasihatnya diberikan dalam empat bahasa.

MSF menyatakan panggilan yang dibuat kepada pelbagai talian bagi menangani masalah keganasan keluarga, naik 40 peratus tahun lalu berbanding pada 2019.

Menurut Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling, sebelum ini talian-talian bantuannya dikendalikan pelbagai rakan masyarakat.

Lantaran itu, kementerian itu melihat keperluan untuk menggabungkan talian-talian berbeza itu kepada satu talian bersepadu.

Sekitar 450 panggilan diterima sejak talian kebangsaan itu dilancarkan bulan lalu dan ia dikendalikan para pegawai khidmat pelanggan DHL serta karyawan khidmat sosial dari Montfort Care.

Mereka menyediakan mangsa dengan sokongan seperti menilai kes dan merujukkan mereka kepada agensi-agensi berkenaan. 

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan