Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MSF lancar logo baru kempen 'Break The Silence'; iktiraf isyarat TikTok bantu mangsa keganasan

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Khamis (11 Nov) melancarkan logo baru bagi kempen 'Break The Silence' di mana ia turut menampilkan isyarat tangan untuk mangsa keganasan meminta bantuan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Khamis (11 Nov) melancarkan logo baru bagi kempen 'Break The Silence' di mana ia turut menampilkan isyarat tangan untuk mangsa keganasan meminta bantuan.

Demikian menurut MSF dalam kenyataan medianya hari ini (11 Nov).

Isyarat tangan yang diberi nama 'Signal for Help' sebelum ini menjadi tajuk berita di Amerika Syarikat setelah seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dari Kentucky yang merupakan seorang mangsa gangguan seksual berjaya diselamatkan setelah beliau menggunakan isyarat tangan itu untuk mendapatkan bantuan.

Menurut laporan, remaja perempuan itu mendapat tahu tentang isyarat tangan itu setelah ia tular di media sosial.

Menurut MSF, isyarat tangan itu mudah untuk dilakukan oleh para mangsa dan/atau saksi yang ingin mendapatkan bantuan tanpa pengetahuan si penganiaya atau pendera.

Isyarat tangan itu dilakukan dengan menghadapkan tapak tangan ke luar lalu menutup jari di sekeliling ibu jari yang terselit.

Mereka yang menghadapi kesulitan untuk melaporkan keganasan yang dialami boleh menggunakan isyarat tangan tersebut untuk mendapatkan bantuan.

Logo baru bagi kempen "Break The Silence" dipilih menerusi peraduan yang dibuka kepada para pelajar Seni Visual Tahun 1 hingga 6 SOTA.

Seramai 13 pelajar mengambil bahagian dalam peraduan itu yang dimenangi oleh pelajar tahun 6, Andrea Cheah.

Reka bentuk logo hasil karya Andrea Cheah dipilih oleh lebih daripada 50 rakan kongsi terdiri daripada anggota FVTF, Pusat Pakar Keganasan Keluarga, Pusat Khidmat Keluarga dan Agensi Khidmat Sosial.

Logo baru dan isyarat tangan 'Signal For Help' akan dipromosikan di bawah kempen Break The Silence anjuran MSF mulai November 2021.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan