Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MSF ambil langkah sewajarnya jamin keselamatan budak perempuan yang ditampar

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) hari ini (19 Nov) menyatakan bahawa ia sudahpun "mengambil langkah-langkah sewajarnya" untuk menjamin keselamatan budak dalam sebuah video yang ditampar di sebuah tempat letak kereta.

Anggaran Waktu Membaca:
MSF ambil langkah sewajarnya jamin keselamatan budak perempuan yang ditampar

Petikan skrin.

Diterbitkan : 19 Nov 2018 05:56PM Dikemas Kini : 19 Nov 2018 05:58PM

SINGAPURA: Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) hari ini (19 Nov) menyatakan bahawa ia sudahpun "mengambil langkah-langkah sewajarnya" untuk menjamin keselamatan budak dalam sebuah video yang ditampar di sebuah tempat letak kereta.

Video tersebut, yang menunjukkan seorang budak perempuan sedang berlutut di tempat letak kereta cawangan IKEA di Tampines dan ditampar di muka, mencetus kemarahan orang ramai apabila ia tular di media sosial awal bulan ini.

9 November lalu, MSF menyatakan bahawa ia sedang menyiasat insiden tersebut bersama pihak polis.

Seorang jurucakap MSF berkata bahawa kementerian itu sedang membantu polis dalam siasatan yang sedang dijalankan.

"MSF sudahpun mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menjamin keselamatan kanak-kanak itu," kata beliau. "Kes tersebut juga sudahpun dirujuk kepada pusat pakar perlindungan kanak-kanak untuk menjamin kesejahteraan kanak-kanak itu."

Pihak berkuasa boleh campur tangan dalam kes-kes yang disyaki kes dera atau pengabaian di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.

Sebelum ini, IKEA mengesahkan kepada Mediacorp bahawa video tersebut dirakam di salah sebuah tempat letak kereta cawangannya dan menyatakan bahawa ia sudah melaporkan insiden itu kepada polis.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan