Skip to main content

Singapura

MSF: 2 kursus latihan baru bagi tingkatkan khidmat mesra keluarga

Ia sebahagian daripada usaha Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) bagi menggalak lebih banyak perniagaan supaya memenuhi keperluan keluarga. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dua kursus latihan baru untuk mempertingkat khidmat mesra keluarga akan dilancarkan menjelang hujung tahun ini.

Ia sebahagian daripada usaha Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) bagi menggalak lebih banyak perniagaan supaya memenuhi keperluan keluarga.

Dua kursus itu adalah untuk kakitangan barisan hadapan dan para pemimpin korporat.

Satu lagi inisiatif adalah Tanda Rekaan Universal bagi Perniagaan Mesra Keluarga yang bakal dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Dan menjelang hujung tahun depan, tujuh pusat membeli-belah kejiranan, termasuk The Grandstand akan dilengkapi ciri-ciri seperti bilik keluarga, taman permainan inklusif dan laluan refleksologi kaki.

"Jadi saya rasa gembira kerana kita juga akan meneruskan perjalanan ini, untuk memberikan sokongan kepada majikan-majikan, untuk menghantar kakitangan mereka untuk menjalani kursus latihan, dari segi menyampaikan perkhidmatan mesra keluarga," kata Setiausaha Parlimen MSF Profesor Madya Faishal Ibrahim. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita