Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MSE beri jaminan nyamuk dilepaskan di bawah Projek Wolbachia tidak gigit

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Nyamuk-nyamuk yang dilepaskan di bawah Projek Wolbachia, dikelolakan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), tidak menggigit tetapi kehadiran jumlah nyamuk yang banyak mungkin ada kesannya kepada penduduk, kata Setiausaha Parlimen Kanan Kemampanan dan Sekitaran Baey Yam Keng pada Rabu (5 Okt). 

Encik Baey menyentuh mengenai maklum balas yang diterima oleh NEA setelah nyamuk Wolbachia-Aedes dilepaskan di kawasan-kawasan baru. Namun, beliau berkata maklum balas sedemikian bersifat sementara sedang penduduk "membiasakan diri dengan program tersebut". 

Data NEA menunjukkan bahawa jumlah nyamuk aegypti Aedes jenis liar jatuh kepada "paras yang amat rendah" setelah beberapa bulan ia dilepaskan, turun merosot sehingga 98 peratus. Gigitan nyamuk itu juga berkurangan dengan ketara, tambah Encik Baey di Parlimen. 

"Ini boleh dilihat dalam penurunan kes denggi sebanyak sehingga 70 peratus yang disaksikan di tapak-tapak kajian dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun sejak ia dilepaskan," katanya lagi. 

"Bagaimanapun, oleh kerana teknologi Wolbachia-Aedes tidak menjejas spesis-spesis nyamuk lain, penduduk mungkin akan mengalami gigitan daripada nyamuk-nyamuk tersebut." 

KOMUNIKASI BERSAMA PENDUDUK DI TAPAK PROJEK WOLBACHIA 

NEA mendampingi penduduk di tapak kajian Projek Wolbachia secara berkala, kata ENcik Baey. 

Aktiviti-aktiviti perhubungan dan pendampingan seumpama itu dilakukan sebelum nyamuk dilepaskan. Ia termasuk pengedaran bahan pengiklanan dari rumah ke rumah, pemasangan poster dan sepanduk di tempat-tempat yang dilalui ramai orang selain perkongsian maklumat menerusi wadah tradisional serta media sosial. 

NEA juga mendampingi pusat jagaan kanak-kanak dan sekolah-sekolah yang terletak di sekitar kawasan pelepasan nyamuk. 

Dalam pada itu, "pengurangan sumber" kekal sebagai strategi utama untuk mengawal populasi semua jenis nyamuk, tambah Encik Baey. 

Langkah-langkah kawalan nyamuk termasuk amalan langkah-langkah 'B-L-O-C-K Mozzie Wipeout' dan tindakan "Sembur, Guna, Pakai" untuk mencegah gigitan nyamuk. 

B-L-O-C-K merujuk kepada gemburkan tanah yang keras, angkat dan kosongkan piring alas pasu bunga, telungkupkan baldi dan lap kering bibirnya, tukar air di dalam pasu serta pastikan alur bumbung bersih dan sembur racun serangga BTI. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan