MRT dan bas berwajah baru sempena Hari Raya

Gambar: LTA
SINGAPURA: Kereta api dan bas-bas awam berwajah baru bagi meraikan ketibaan Syawal tahun ini.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bekerjasama dengan Pejabat Kawasan Undi Geylang Serai dan pengendali pengangkutan awam, SBS Transit dan SMRT untuk meraikan Aidilfitri ini dengan rekaan bas dan MRT bertemakan Hari Raya.
Rekaan itu disertakan dengan corak bermotifkan budaya Melayu seperti batik, ketupat dan bunga.

Bas-bas itu dipilih kerana menyusuri kawasan seperti Geylang Serai dan kawasan perumahan di Boon Lay, Woodlands, Clementi, Tampines dan Toa Payoh.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.