Mr Bean mohon maaf selepas wanita tersedut lipas dalam minuman susu soya; SFA siasat
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Pamster Tan/Facebook
SINGAPURA: Seorang wanita berkongsi 'insiden kurang senang' yang dialaminya apabila beliau tersedut seekor lipas daripada minuman susu soya yang dibelinya di kedai Mr Bean pada Isnin (18 Mac).
Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Selasa, Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan pihaknya sedang menyiasat perkara itu.
Cik Pamster Tan, yang memuat naik insiden tersebut di Facebook pada Isnin, berkata beliau minum susu soya tersebut pada pukul 12.00 tengah hari pada hari tersebut, selepas rakan kerjanya membeli minuman itu di sebuah cawangan di stesen MRT Queenstown.
"Kemudian apabila saya terus minum, saya tersedut sesuatu yang bukan 'pearl' dan bahkan, rangup," kongsi Cik Tan dalam catatannya itu.
Beliau bagaimanapun tidak mengatakan berapa lama minuman itu dibiarkan sebelum mula meminumnya dan mendapati ada lipas.
Cik Tan meludahkan barang yang tidak dikenali itu dan terkejut apabila melihat seekor lipas.
"Sekarang saya berasa geli memikirkan bakteria apa yang saya telah makan sejak jam 12.00 tengah hari!!"
Seorang wakil Mr Bean memohon maaf kepada Cik Tan atas "insiden yang kurang senang" itu beberapa jam kemudian menerusi satu komen yang ditinggalkannya di hantaran Facebook Cik Tan. Beliau juga berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman ke atas insiden berkenaan.
Penolong pengarah penjenamaan di Mr Bean, Cik Venus Ang, memberitahu Mediacorp pada Selasa bahawa syarikat tersebut telah segera menghubungi Cik Tan untuk memastikan beliau baik-baik sahaja dan sedang menunggu untuk berbincang bagaimana pihaknya dapat membantu dalam proses pemulihannya.
Pemeriksaan manual di kedai tersebut telah dikendalikan untuk memastikan tiada infestasi lipas di sana, jelas Cik Ang.
"Kami sudahpun mengerahkan (pasukan) kawalan serangga perosak untuk memeriksa premis sebagai langkah berjaga-jaga. Laporan dibuat dan tiada lipas ditemui."
SFA menekankan bahawa pihaknya memandang serius isu keselamatan makanan dan akan menyiasat semua maklum balas yang mendakwa pelaksanaan amalan keselamatan makanan yang lemah.
Pengendali makanan mesti memainkan peranan dengan mematuhi amalan-amalan baik kebersihan dan penyediaan makanan. Mereka juga harus memastikan premis mereka bersih dan kekal terjaga, jelas agensi tersebut.
"Sebagai sebahagian daripada siasatan dan proses pengumpulan bukti, SFA akan mendapatkan maklum balas penyedia itu bagi memperolehi maklumat lanjut dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan jika bukti yang cukup diperolehi."

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.