Mpox 'melecehkan' namun boleh dikawal, tidak perlu pakai pelitup buat masa ini: Ong Ye Kung
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: NIAID)
SINGAPURA: Keputusan bahawa mereka yang sihat tidak perlu memakai pelitup disokong oleh bukti sedia ada mengenai cara mpox boleh dijangkiti.
Demikian menurut Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Rabu (4 Sep).
Encik Ong menyifatkan mpox sebagai virus yang "melecehkan", namun dapat dikawal Singapura.
Beliau berkata demikian semasa sidang media bagi memberi kemas kini mengenai langkah-langkah kesediaan kesihatan awam.
Mpox boleh menular menerusi kontak rapat dengan individu yang dijangkiti, kata menteri itu, yang merujuk kepada bukti sedia ada. Kontak tersebut termasuk melalui hubungan seks, ciuman atau sekadar sentuhan.
Namun, jika terdapat bukti ia boleh dijangkiti melalui pernafasan, seperti di luar rumah dan di kawasan awam, MOH akan mempertimbangkan untuk memperkenalkan peraturan memakai pelitup di dalam pengangkutan awam dan ruang tertutup yang sesak.
Encik Ong tidak menyamakan mpox dengan COVID-19, dengan mengatakan bahawa tiada keperluan untuk menaikkan tahap kewaspadaan bagi penyakit berjangkit itu kepada ancaman terhadap kesihatan awam, seperti yang dilaksanakan negara ini ketika pandemik covid.
Tahap kewaspadaan mpox buat masa ini adalah "pengurusan wabak", iaitu satu tahap di atas tahap asas.
"Kami rasa ini adalah virus yang melecehkan yang boleh kami kawal. Ia tidak mungkin menyebabkan sebarang gangguan seperti yang berlaku ketika COVID-19," kata Encik Ong.
Menurut MOH di dalam kenyataan media dikeluarkan pada Rabu, mpox tidak mudah berjangkit berbanding COVID-19.
"Setiap individu yang dijangkiti mpox menyebarkan virus itu kepada purata 1.3 individu lain. Sebagai perbandingan, setiap kes COVID-19 dan varian seterusnya menjangkiti purata dua hingga lima individu," menurut kenyataan tersebut.
Namun, Encik Ong memberi amaran kepada orang ramai agar jangan lalai. Beliau menambah bahawa pihak berkuasa akan terus memantau keadaan dan bersedia untuk bertindak, serta mengambil dan melaksanakan dengan tegas langkah-langkah tertentu jika perlu.
LANGKAH-LANGKAH DIAMBIL DI SINGAPURA
Di prasekolah dan sekolah Singapura, langkah-langkah sedia ada bagi penyakit berjangkit lain masih relevan, dedah MOH, sambil menambah bahawa pelajar akan diperiksa bagi sebarang gejala.
MOH, bersama dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), sedang menjalankan ujian air sisa di dormitori pekerja hijrahan dan Onboard Centre. Encik Ong berkata kajian air sisa sedang dijalankan di 120 dormitori buat masa ini.
Pemegang permit kerja yang baru tiba juga melalui pemeriksaan suhu badan dan visual.
Jika terdapat mana-mana orang dewasa dan kanak-kanak yang dijangkiti kes mpox klad 1, yang dikenal pasti oleh penyedia jagaan utama, mereka masing-masing akan dihantar ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK.
Keluarga yang mempunyai anggota keluarga dewasa dan kanak-kanak yang disyaki dijangkiti akan dihantar ke Hospital Universiti Nasional (NUH), tambah MOH.
Sebaik sahaja kes klad 1 disahkan, MOH akan segera memulakan proses pengesanan bagi orang-orang yang berhubung rapat dengan pesakit. Mereka akan dikuarantin di kemudahan khas pemerintah, dengan tempoh kuarantin ditetapkan selama 21 hari.
Kes klad 1 itu akan terus diasingkan di kemudahan jagaan kesihatan sehingga mereka disahkan tidak lagi boleh menjangkiti orang lain untuk mengelak masyarakat daripada terus terdedah kepada penyakit tersebut.

TIADA JANGKITAN KLAD 1 DI SINGAPURA SETAKAT INI
Sehingga kini, Singapura belum mengesan sebarang jangkitan mpox klad 1. Kesemua 14 kes mpox di negara ini tahun ini merupakan varian klad 2 yang tidak serius.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.