MPA, SMI pelawa saranan bagi kurangkan pengeluaran karbon dioksida kapal di perairan S'pura
Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) serta Institut Maritim Singapura (SMI) mempelawa saranan bagi menyediakan kuasa elektrik kepada kapal-kapal yang melakukan perjalanan hanya di perairan negara ini dalam usaha untuk mengurangkan pengeluaran karbon
Pelabuhan di Singapura. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) serta Institut Maritim Singapura (SMI) mempelawa saranan bagi menyediakan kuasa elektrik kepada kapal-kapal yang melakukan perjalanan hanya di perairan negara ini dalam usaha untuk mengurangkan pengeluaran karbon.
Sejumlah S$9 juta dari dana Maritime GreenFuture akan diperuntukkan bagi membiayai bersama projek-projek kapal sedemikian, menurut kedua-dua syarikat itu pada Rabu (23 Sep) dalam satu kenyataan bersama.
Ia bagi menyokong peralihan industri kapal bagi perjalanan di perairan tempatan ke arah masa depan dengan tahap karbon yang rendah.
Saranan-saranan harus dilakarkan oleh konsortium yang terdiri daripada pemain industri dan institut pengajian tinggi atau insitut penyelidikan dengan tarikh akhir untuk menyerahkan kertas-kertas putih jatuh pada 31 Oktober, menurut MPA dan SMI.
"Saranan-saranan mesti berusaha untuk membangunkan kapal elektrik penuh yang siap bagi kegunaan komersil dan/atau prasarana pengecasan dekat pantai yang boleh dikendalikan untuk kapal elektrik serta kapal-kapal elektrik lain yang beroperasi di pelabuhan Singapura," tambah MPA dan SMI.
Syarikat-syarikat itu menambah: "Saranan dengan model perniagaan berdaya maju untuk keupayaan meluaskan skala akan dipertimbangkan dengan lebih baik."
Lebih banyak maklumat boleh didapatkan di lelaman web MPA dan SMI.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.