Skip to main content

Singapura

MPA siasat perlanggaran libatkan kapal nelayan China dan kapal pengangkut pukal di Selat Singapura

Anggaran Waktu Membaca:
MPA siasat perlanggaran libatkan kapal nelayan China dan kapal pengangkut pukal di Selat Singapura

Sebuah kapal nelayan China dimasuki air selepas insiden melibatkan kapal pengangkut pukal berbendera Panama pada 17 September 2026. (Gambar: Reddit/Wood_On_Fire)

Diterbitkan : 22 Sep 2026 04:27PM
MPA investigates collision involving a Chinese fishing vessel and a bulk carrier in the Singapore Strait
  • MPA is investigating a collision between the Chinese fishing vessel Lu Qing Yuan Yu and the Panama-registered bulk carrier First Margaux in the Singapore Strait.
  • The incident on Sep 17 caused water to enter the fishing vessel, but it remained afloat and stable after the crew brought the situation under control.
  • MPA said there were no injuries, pollution or disruption to shipping traffic, while SCDF helped bring some of the crew ashore.
  • The fishing vessel was towed to Kemudahan Berlabuh Khas Raffles for assessment, with MPA issuing navigational safety broadcasts and escorting the operation.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Penguasa maritim Singapura (MPA) sedang menyiasat perlanggaran membabitkan sebuah kapal nelayan China dan kapal pengangkut pukal di Selat Singapura, selepas rakaman kejadian itu tersebar online.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menyatakan pada Selasa (22 Sep) bahawa kejadian pada 17 September itu melibatkan kapal nelayan berdaftar di China, Lu Qing Yuan Yu, dan kapal pengangkut pukal berdaftar di Panama, First Margaux.

“Kapal nelayan itu dimasuki air semasa kejadian, namun kekal terapung dan stabil, dengan anak kapal mengambil langkah untuk mengawal keadaan di atas kapal,” menurut MPA sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

Kapal nelayan itu kemudian ditunda ke Kemudahan Berlabuh Khas Raffles untuk menjalani penilaian. Anak kapal yang diperlukan kekal di atas kapal bagi membantu operasi menunda, manakala Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) membantu membawa anak kapal lain ke darat.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan anak kapal kedua-dua kapal dan tiada pencemaran berlaku akibat kejadian itu, menurut MPA. Trafik pelayaran juga tidak terjejas.

MPA menyatakan pihaknya mengeluarkan siaran keselamatan pelayaran bagi memastikan kapal lain menjauhi operasi menunda tersebut. Sebuah kapal MPA turut mengiringi kapal nelayan itu memasuki pelabuhan.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita