Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MPA lancar operasi mencari dan menyelamat selepas 2 kapal tangki terbakar

Anggaran Waktu Membaca:
MPA lancar operasi mencari dan menyelamat selepas 2 kapal tangki terbakar

Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberi kedaulatan Pedra Branca kepada Singapura. (Gambar fail: CNA/Calvin Seah)

Diterbitkan : 19 Jul 2024 12:21PM Dikemas Kini : 19 Jul 2024 08:59PM
SINGAPURA: Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mencari kru dua kapal tangki minyak selepas kedua-dua kapal itu terbakar di perairan Singapura, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) pada Jumaat (19 Jul).

MPA dimaklumkan kira-kira pukul 6.15 pagi mengenai kebakaran di atas kapal tangki yang berdaftar di Singapura, Hafnia Nile, dan kapal tangki minyak berdaftar di São Tomé and Príncipe, Ceres 1.

Kedua-dua kapal tangki itu berada dalam kawasan mencari dan menyelamat maritim Singapura, kira-kira 55km dari timur laut Pedra Branca.

“MPA telah meminta kapal yang lalu di sana untuk membantu operasi mencari dan menyelamat anak kapal,” menurut penguasa itu dalam kenyataan medianya pada Jumaat.

Sebuah kapal Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN), RSS Supreme, yang berada di sekitar tempat kejadian sedang menghulurkan bantuan, tambah kenyataan MPA.

Sebuah helikopter Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) juga telah dikerahkan dan sedang membantu memindahkan anak kapal.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan