Skip to main content

Singapura

MPA guna dron pantau keselamatan perairan SG

Usaha memastikan perairan Singapura lebih selamat serta mempercepatkan respons kecemasan di laut kini diperkukuh menerusi penggunaan dron dari jarak jauh.
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Dec 2025 07:26PM Dikemas Kini : 11 Jan 2026 05:06PM
SINGAPURA: Usaha memastikan perairan Singapura lebih selamat serta mempercepatkan respons kecemasan di laut kini diperkukuh menerusi penggunaan dron dari jarak jauh.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menjadi agensi pertama yang melakukan demikian di seluruh perairan pelabuhan Singapura, di mana ia menggunakan dron bagi tujuan pengawasan.

Dron-dron itu boleh dikerahkan sehingga 80 peratus lebih cepat berbanding kaedah sebelumnya di mana ia memerlukan seorang pengendali dron untuk melancarkannya secara fizikal di lokasi.

Namun di pusat kawalan di one-north, para pengendali dron kini boleh melancarkan beberapa dron pada masa yang sama.

Menurut penyedia perkhidmatan Skyports, mengawal dron dari jarak jauh membolehkan dron itu terbang lebih jauh ke laut, sekali gus membolehkan mereka mengesan insiden-insiden atau aktiviti-aktiviti mencurigakan dengan lebih cepat dan cekap.
Sumber : CNA/AA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita