Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MoU SG-Indonesia pertingkat peluang pasaran halal bagi peniaga, pengguna kedua-dua negara: Masagos Zulkifli

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli berkata bahawa pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dengan Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal Republik Indonesia (BPJPH) pada Khamis (8 Ogos), saling memberi manfaat kepada peniaga dan pengguna kedua-dua negara.

Beliau berkata demikian menerusi catatannya di laman Facebook selepas pemeteraian MoU tersebut pada Khamis (8 Ogos) .

Encik Masagos menulis: "Dengan Indonesia sebagai negara majoriti Muslim dan Singapura sebagai hab global bagi perdagangan, kerjasama ini akan meningkatkan dan meluaskan peluang pasaran halal bagi para peniaga dan pengguna.

"Ini juga merupakan peluang untuk syarikat-syarikat Singapura berkembang ke Indonesia, terutama pengeluar makanan dan bahan tambahan, untuk membawa produk mereka ke Indonesia tanpa sebarang gangguan perdagangan."
Beliau turut melahirkan rasa gembira kepada pegawai pembangunan halal Muis yang berusaha mengenal pasti dan mengembangkan kerjasama mereka.

"Saya teruja dengan potensi besar yang dibawa perjanjian ini dan bagaimana ia bakal memacu inovasi dalam industri halal," tambahnya.

Singapura merupakan negara ketiga selepas Arab Saudi dan Malaysia yang menandatangani perjanjian tersebut sebelum Indonesia mewajibkan pensijilan halal untuk pelbagai produk, makanan dan minuman mulai Oktober nanti.
Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan