Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Motosikal elektrik syarikat S'pura bakal keluar kelak

Penggiat motosikal boleh menjangkakan kemunculan motosikal baru tenaga bateri beroda dua pengeluaran syarikat tempatan, ION Mobility.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Dec 2021 07:48PM Dikemas Kini : 02 Dec 2021 09:23PM

SINGAPURA: Penggiat motosikal boleh menjangkakan kemunculan motosikal baru tenaga bateri beroda dua pengeluaran syarikat tempatan, ION Mobility.

Sebagai permulaan, pelancaran ION MOBIUS akan bermula di Indonesia tahun depan kerana negara itu mempunyai jumlah penunggang motosikal yang tertinggi di Asia Selatan.

Dengan sekali cas saja, motosikal itu boleh berjalan sejauh 200 kilometer.

Dengan menggunakan tenaga bateri, motosikal elektrik itu juga mengurangkan pengeluaran gas karbon.

Ruang kilang syarikat itu di Singapura yang dua kali lebih besar daripada gelanggang tenis mampu menghasilkan sehingga 500 motosikal dan bateri setiap bulan.

Syarikat itu juga ada sebuah lagi kilang di China.

Kemudahan pengeluaran ketiganya ditempatkan di Indonesia dan masih dalam fasa pembikinan.

Syarikat itu merancang untuk menambah pengeluarannya di Singapura dan Indonesia kepada 1,500 menjelang pertengahan tahun depan.  

Sumber : CNA/RU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan