Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Motosikal di Bishan terbakar; tiada mangsa cedera

Anggaran Waktu Membaca:
Motosikal di Bishan terbakar; tiada mangsa cedera

Gambar: Sumber daripada Media Sosial

SINGAPURA: Sebuah motosikal di tempat meletak kenderaan terbuka di Bishan terbakar pada petang Rabu (9 Feb), dengan sebuah kereta di sebelahnya turut dijilat api.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pada Khamis(10 Feb) bahawa ia dimaklumkan mengenai kejadian itu, pada kira-kira 10.50 malam dan memadamkan api tersebut.

Kebakaran itu dirakam dan videonya menjadi tular di media sosial.

Walaupun video itu tidak jelas menunjukkan motosikal yang terbakar, namun sebuah kenderaan yang diletakkan berhampiran blok HDB kelihatan dijilat api yang besar.

Satu letupan juga kedengaran beberapa saat kemudian, yang menyebabkan api menjulang hingga ke tingkat tiga blok HDB itu.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Punca kebakaran itu masih disiasat.

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan