MOT: M'sia sudah diberitahu tentang pemindahan penerbangan ke Seletar sejak 2014
Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan pihaknya memberitahu pihak berkuasa Malaysia pada 2014 mengenai langkah memindahkan operasi khidmat penerbangan turboprop ke Lapangan terbang Seletar.
SINGAPURA: Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan pihaknya memberitahu pihak berkuasa Malaysia pada 2014 mengenai langkah memindahkan operasi khidmat penerbangan turboprop ke Lapangan terbang Seletar.
Demikian menurut satu kenyataan oleh kementerian tersebut hari ini (4 Dis) dalam responsnya terhadap kenyataan Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke, berhubung kemungkinan Malaysia mengambil balik ruang udara yang diwakilkan kepada Singapura di Selatan Johor.
MOT menerangkan, pada Disember tahun lalu, Singapura sudahpun mengongsi prosedur penerbangan atau tatacara Sistem Instrumen Pendaratan (Instrument Landing Systems – ILS) di Lapangan Terbang Seletar, dengan pihak berkuasa penerbangan Malaysia.
Bagaimanapun, MOT menyatakan pihaknya tidak menerima sebarang respons daripada Malaysia sehingga lewat bulan lalu. MOT menambah prosedur-prosedur penerbangan direka dengan mengambil kira struktur-struktur yang ada di Pasir Gudang, Johor.
Prosedur-prosedur tersebut juga tidak memberi kesan tambahan kepada pengguna ruang udara, perniagaan mahupun penduduk di Johor.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.