Skip to main content

Singapura

MOT kaji cara guna lebih banyak bas dan bukan lori untuk angkut pekerja

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pihak berkuasa sedang mengkaji cara untuk menggunakan lebih banyak bas berbanding lori untuk mengangkut pekerja.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan Dr Amy Khor berkata demikian semasa menjawab gesaan di Parlimen semalam (5 Jul) untuk menyediakan pengangkutan lebih selamat untuk para pekerja.

Dr Khor berkata pemerintah sedang berbincang dengan syarikat-syarikat yang sudah beralih kepada penggunaan bas untuk memahami cabaran yang dihadapi mereka.

Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) Louis Ng mendakwa undang-undang baru yang dikuatkuasakan awal tahun ini tidak mencukupi.

Dr Khor bagaimanapun menjelaskan bahawa faktor seperti kekurangan bas swasta dan kekurangan pemandu adalah antara cabaran-cabaran yang menghambat peluasan usaha tersebut.

Bagi saranan supaya pemerintah menimbangkan usulan untuk membiayai syarikat-syarikat binaan besar, dormitori dan pengendali bas untuk membantu mereka beralih kepada bas, Dr Khor berkata ia tidak akan berkesan memandangkan bukan semua cabaran yang dihadapi melibatkan masalah kewangan.
Sumber : CNA/AY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita