Mongolia bekerjasama dengan NUS bagi percepat transformasi perkhidmatan awamnya
Mongolia akan bekerjasama dengan Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk mempercepat transformasi perkhidmatan awam negara itu.

PM Lee Hsien Loong dengan PM Mongolia Oyun-Erdene Luvsannamsrai. (Gambar: MCI)
Ia antara beberapa perjanjian yang dimeterai antara Mongolia dengan pertubuhan-pertubuhan tempatan, sedang para pemimpin kedua-dua negara berharap untuk memperdalam lagi hubungan dua hala.
Perjanjian antara Mongolia dengan NUS itu akan menyaksikan usaha dalam menggalak pentadbiran yang baik dengan membangunkan bersama dasar berlandaskan data dan memanfaatkan sepenuhnya modal insan.
Mongolia juga memeterai perjanjian dengan Kerjasama Perusahaan Singapura (SEC).
Kerjasama dengan SEC itu akan memberi tumpuan kepada bidang-bidang seperti sistem persaraan dan perumahan awam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.