Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOM tetapkan garis pandu majikan bagi perjalanan luar negara pekerja semasa COVID-19

 Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bersama-sama NTUC dan SNEF pada Isnin mengeluarkan nasihat bagi para majikan berhubung cara bagaimana mereka patut menguruskan pergerakan dan perjalanan pekerja-pekerja mereka dalam respons kepada virus korona COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
MOM tetapkan garis pandu majikan bagi perjalanan luar negara pekerja semasa COVID-19

Para penumpang memakai pelitup semasa berjalan di kawasan ketibaan di Lapangan Terbang Changi pada 16 Mac 2020. (Gambar: Roslan RAHMAN/AFP)

Diterbitkan : 17 Mar 2020 10:38AM Dikemas Kini : 17 Mar 2020 10:43AM

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bersama-sama dengan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) pada Isnin (16 Mac) mengeluarkan nasihat bagi para majikan berhubung cara bagaimana mereka patut menguruskan pergerakan dan perjalanan pekerja-pekerja mereka dalam respons kepada virus korona COVID-19.

Makluman itu dikeluarkan selepas Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan pada 15 Mac yang menasihatkan orang awam supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting bagi mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19 semasa berada di luar negara.

Ia bertujuan memberi panduan kepada para majikan untuk menetapkan "dasar-dasar (sumber manusia) HR yang jelas" mengenai cara mengendalikan para pekerja yang membuat perjalanan ke luar Singapura, sama ada atas urusan kerja atau sebaliknya, sewaktu penularan COVID-19.

Ini mungkin termasuk memerlukan syarikat mengenakan Cuti Ketidakhadiran (LOA) bagi pekerja sekembalinya mereka ke tanah air (tidak melebihi 14 hari), menurut nasihat itu, yang menambah bahawa majikan harus memaklumkan dasar-dasar HR kepada kakitangan mereka sebelum melaksanakannya.

Syarikat-syarikat yang berkesatuan harus berunding dengan kesatuan apabila melakar dasar-dasar HR, tambah nasihat itu.

BERI CUTI TAMBAHAN JIKA PERJALANAN BAGI URUSAN KERJA TIDAK DAPAT DIELAKKAN

Bagi rancangan perjalanan berkaitan kerja, nasihat itu menyatakan majikan harus menyemak semula dan menangguh semua perjalanan tidak penting. Mereka sebaliknya harus menimbangkan cara alternatif bagi perhubungan perniagaan seperti persidangan video.

Bagaimanapun, jika perjalanan berkaitan kerja tidak dapat dielakkan, majikan perlu memastikan terpelihara dengan sewajarnya mengikut garis panduan MOH.

Selain itu, majikan dijangka memberikan cuti tambahan bergaji kepada pekerja berkenaan, menurut nasihat itu, Ini meliputi:

- Tempoh kuarantin atau pengasingan diri yang dikenakan oleh negara destinasi ke atas pekerja;

- Penangguhan dalam kepulangan pekerja ke Singapura disebabkan oleh keadaan seperti ketersediaan penerbangan, memerlukan kelulusan pra-kemasukan MOM untuk membolehkan pekerja asing dapat kembali ke sini dengan teratur dan lain-lain;

- Notis wajib Jangan Keluar Rumah (SHN) atau LOA syarikat yang mungkin perlu dijalani pekerja sekembalinya ke Singapura

Majikan juga harus memenuhi permintaan pekerja untuk tidak membuat perjalanan yang berkaitan dengan kerja, menurut nasihat itu, sambil menambah bahawa pekerja tidak harus didenda kerana membuat permintaan sedemikian.

PERJALANAN BUKAN BERKAITAN KERJA

Majikan juga harus mengingatkan para pekerja tentang nasihat perjalanan MOH supaya menangguhkan semua rancangan perjalanan yang tidak perlu ke semua negara, menurut pihak berkuasa.

Majikan juga perlu mendapatkan perisytiharan perjalanan daripada pekerja mereka sama ada mereka mempunyai rancangan perjalanan ke luar negara - termasuk, tetapi tidak terhad kepada - kawasan-kawasan terjejas yang dikenakan notis wajib Jangan Keluar Rumah.

Sekiranya pekerja masih ke luar negara untuk membuat perjalanan yang tidak berkaitan dengan kerja dan tidak penting, majikan "mungkin menghendaki pekerja itu menggunakan cuti tahunan mereka sendiri" untuk menampung tempoh mana-mana notis wajib Jangan Keluar Rumah, Cuti Ketidakhadiran (LOA) atau tempoh lanjutan perjalanan di negara destinasi.

Jika pekerja tidak mempunyai cuti tahunan yang mencukupi, majikan boleh membenarkan pekerja mengambil cuti awal atau meletakkan pekerja itu dalam tempoh cuti tanpa gaji, jelas nasihat tersebut.

Ia menyatakan: " Majikan diingatkan supaya bersikap adil dan melaksanakan dasar-dasar HR relevan ke atas semua pekerja".

Ia juga menekankan bahawa Program Sokongan Cuti Ketidakhadiran - yang diperluaskan kepada perusahaan dan orang yang bekerja sendiri yang terjejas oleh keperluan notis Jangan Keluar Rumah - tidak tertakluk kepada mereka yang membuat perjalanan selepas 15 Mac.

"Dalam erti kata lain, majikan dan orang yang bekerja sendiri layak bagi sokongan harian bernilai S$100 apabila pekerja terjejas itu menjalani keperluan wajib SHN jika mereka melakukan perjalanan ke luar Singapura bermula pada atau sebelum 15 Mac 2020." 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan