Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOM teroka jadikan pengurusan syarikat lebih bertanggungjawab tangani kelemahan keselamatan di tempat kerja

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang meneroka bagaimana menjadikan pihak pengurusan syarikat lebih bertanggungjawab terhadap kelemahan-kelemahan keselamatan di tempat kerja.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 May 2022 09:02PM Dikemas Kini : 29 May 2022 11:05PM

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang meneroka bagaimana menjadikan pihak pengurusan syarikat lebih bertanggungjawab terhadap kelemahan-kelemahan keselamatan di tempat kerja.

Ini menyusuli lonjakan pada bilangan kemalangan maut di tempat kerja, khususnya melibatkan para pekerja binaan.

MOM memberitahu Mediacorp, para pegawai keselamatan mesti melaksanakan tugas utama mereka mengikut undang-undang.

Menurut MOM lagi, tiada tolak ansur dalam soal itu walaupun pegawai keselamatan diberikan tugas lain di tengah-tengah iklim kekurangan pekerja sekarang.

Bagi syarikat Straits Constructions misalnya, pengurus keselamatannya menjaga keselamatan pekerja hijrahannya.

Ini termasuk menjalankan pemeriksaan rutin bagi mengenal pasti dan menangani perkara-perkara yang berpotensi menjadi bahaya.

Pengurus keselamatan di syarikat itu juga memantau para pekerja binaan demi memastikan mereka mematuhi prosedur-prosedur keselamatan semasa bekerja.

Sebelum bekerja setiap hari, para pekerja perlu melafazkan ikrar keselamatan dan menghadiri taklimat-taklimat mengenai keselamatan.

Dalam ulasannya pula, institusi Singapura bagi Pegawai Keselamatan menyatakan ia akan memperkenalkan rancangan untuk meningkatkan profesionalisme bagi pekerja keselamatan pada bulan-bulan mendatang.

Sumber : CNA/DY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan