Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOM teroka cara pertingkat kesejahteraan pekerja hijrahan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 12,000 pekerja hijrahan mengambil bahagian dalam sambutan Hari Pekerja Hijrahan Antarabangsa pada Ahad (18 Dis).

Sedang sambutan kembali diadakan buat pertama kalinya sejak pandemik COVID-19 bermula, pemerintah menyatakan, ia sedang meneroka cara untuk mempertingkatkan kesejahteraan sosial pekerja hijrahan.

Usaha juga giat dilakukan untuk meningkatkan keselamatan mereka di tempat kerja dan mendidik mereka agar tidak jatuh mangsa kepada skim penipuan.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) ingin meneruskan usahanya untuk membina tenaga kerja pekerja hijrahan yang lebih berdaya tahan.

"Sepanjang tahun lalu, MOM bekerjasama dengan lebih 50 pihak berkepentingan untuk menganjurkan pelbagai aktiviti sosial dan rekreasi untuk membakar semangat pekerja hijrahan.

"Pada masa akan datang, kami juga akan memperbaiki kemudahan sosial dan rekreasi bagi pekerja hijrahan kami agar mereka boleh berehat dan bermesra dengan rakan-rakan mereka," kata Menteri Kanan Tenaga Manusia, Dr Koh Poh Koon selaku Tetamu Kehormat bagi sambutan Hari Pekerja Hijrahan Antarabangsa di Little India.

Dalam pada itu, lebih 6,000 mengambil bahagian dalam permainan dan sukan, seperti bola sepak dan sepak takraw, di pusat rekreasi Pusat Pekerja Hijrahan.

Selain berseronok, terdapat gerai-gerai yang ditubuhkan oleh rakan-rakan kami, seperti Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Persatuan Palang Merah untuk membantu mendidik pekerja mengenai isu-isu seperti keselamatan dan kewangan peribadi.

"Kami akan terus memperkenalkan langkah-langkah untuk melindungi keselamatan dan kesihatan semua pekerja, di mana saja mereka bekerja," ujar Setiausaha Agung NTUC, Desmond Tan, sedang banyak kemalangan di tempat kerja dilaporkan tahun ini.
Sumber : CNA/NY/IA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan