MOM, syarikat penghantaran makanan pertingkat keselamatan pekerja susuli 5 nahas maut dalam 18 bulan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sejak Januari tahun lalu, lima pekerja penghantaran makanan bagi khidmat pesanan online meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
Sehubungan dengan itu, syarikat-syarikat berkenaan mungkin perlu melaporkan semua kecederaan di tempat kerja agar pekerjanya boleh mendapat bayaran ganti rugi yang wajar.
Memberikan kemas kini di Parlimen pada Selasa (5 Jul), Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Koh Poh Koon berkata Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) juga sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat khidmat pesanan online untuk melakukan semakan bagi mempertingkatkan tahap keselamatan.
Pada masa yang sama, Jawatankuasa Penasihat bagi Pekerja Penghantaran sedang berusaha untuk meningkatkan perlindungan dari segi kewangan bagi para pekerja sekiranya mereka mengalami kecederaan.
Ia akan meliputi pekerja penghantaran, pemandu khidmat kereta sewa privet dan pemandu teksi.
"Jawatankuasa itu masih meneruskan usahanya dan kami berharap untuk menyelesaikannya menjelang hujung tahun ini. Seperti yang dikatakan, usaha itu adalah sesuatu yang rumit kerana ia melibatkan perbincangan dengan banyak pihak berkepentingan," kata Dr Koh.
Beliau menarik perhatian ruang bekerja bagi pekerja khidmat penghantaran adalah berbagai-bagai dan terdapat banyak jenis profil individu yang menyertai pekerjaan khidmat pesanan online.
"Oleh itu, saya berharap agar Dewan akan memberi kami ruang dan masa untuk terus mendampingi serta mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan," pintanya.

Sumber : CNA/AI/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.