MOM siasat rangkaian kedai serbaneka Emart24; bekas pekerja tidak dibayar gaji
Anggaran Waktu Membaca:

Cawangan Emart24 di pusat beli-belah Jurong Point pada hari pembukaannya pada Disember 2022. (Gambar: Emart24 Singapore/Facebook)
SINGAPURA: Rangkaian kedai serbaneka Emart24 sedang disiasat Kementerian Tenaga Manusia (MOM) kerana dikatakan gagal membayar gaji kepada bekas pekerjanya.
Seramai 15 bekas kakitangan rangkaian yang berasal dari Korea Selatan itu membuat dakwaan tersebut kepada Perikatan Tiga Pihak bagi Penyelesaian Pertikaian (TADM).
Kakitangan terbabit sedang menerima bantuan.
"TADM telah berjaya membantu lima kakitangan mencapai persetujuan dengan Emart24, dan syarikat tersebut sudahpun mula membayar semula (gaji) mereka," menurut pertubuhan tersebut dan MOM dalam satu kenyataan bersama pada Sabtu (13 Apr).
"TADM sedang dalam proses menjadualkan sesi pengantaraan bagi baki kakitangan yang lain."
Tambahnya, kakitangan terjejas yang mememerlukan bantuan kerja telah dirujuk kepada kesatuan sekerja Institut Pekerjaan dan Daya Kerja.
MOM dan TADM mengingatkan majikan supaya membayar pekerja tepat pada masanya dan menasihati pekerja yang memerlukan bantuan mengenai tuntutan gaji, agar menghubungi TADM awal menerusi laman Perikatan Tiga Pihak itu.
Emart24 membuka pintu pertamanya di ingapura pada hujung 2022 dan kemudian mempunyai tiga cawangan di sini.
Kesemua tiga kedai tersebut ditutup secara mendadak pada Mac lalu.
Mediacorp sudahpun menghubungi Emart24 untuk mendapatkan komennya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.