Skip to main content

Singapura

MOM siasat dakwaan pas pekerjaan untuk pelajar asing, pelatih disalah guna

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang menyiasat dakwaan bahawa syarikat-syarikat menyalahgunakan pas yang membenarkan majikan menggajikan pelajar asing dan pelatih dalaman korporat selama tempoh hingga tiga bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
MOM siasat dakwaan pas pekerjaan untuk pelajar asing, pelatih disalah guna

Gambar fail ibu pejabat MOM. (Gambar: CNA/Javier Lim)

Diterbitkan : 05 Jun 2025 04:21PM Dikemas Kini : 05 Jun 2025 04:22PM
  • Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang menyiasat dakwaan bahawa syarikat-syarikat menyalahgunakan pas yang membenarkan majikan menggajikan pelajar asing dan pelatih dalaman korporat selama tempoh hingga tiga bulan.
  • MOM menyatakan ia menjalankan "pemeriksaan dan audit tambahan" ke atas permohonan TEP "terpilih" dengan meminta bukti program latihan dan pejabat luar atau anak syarikat.
  • Kesemua individu dibayar gaji kurang daripada yang tertera dalam perjanjian secara berprinsip, disuruh bekerja "untuk tempoh waktu yang tidak masuk akal", disuruh untuk mula bekerja sebaik sahaja mereka tiba di Singapura dan tidak dibawa ke MOM bagi langkah wajib pengeluaran pas TEP sehinggalah ia mencecah hampir 30 hari selepas ketibaan mereka di Singapura, dakwa TWC2.
  • "MOM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas majikan yang menyalahgunakan TEP untuk mengatasi rangka kerja pas pekerjaan kami," menurut MOM.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang menyiasat dakwaan bahawa syarikat-syarikat menyalahgunakan pas yang membenarkan majikan menggajikan pelajar asing dan pelatih dalaman korporat selama tempoh hingga tiga bulan.

Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, MOM menyatakan ia memandang "serius" dakwaan penyalahgunaan Pas Pekerjaan Latihan (TEP) dan sudah pun menyiasat perkara itu.

Ia juga sudah selesai menjalankan siasatan terhadap sesetengah dakwaan tersebut.

Mediacorp bertanya kepada MOM mengenai hasil siasatan yang sudah dijalankan.

Menurut MOM, TEP membolehkan warga asing untuk menjalani latihan amali bagi jawatan karyawan, pengurus, eksekutif atau pakar di Singapura.

Syarikat-syarikat boleh memohon bagi pas tersebut jika mereka ingin menggajikan seorang pelajar asing atau pelatih dari sebuah pejabat luar negara atau anak syarikat.

MOM menyatakan ia menjalankan "pemeriksaan dan audit tambahan" ke atas permohonan TEP "terpilih" dengan meminta bukti program latihan dan pejabat luar atau anak syarikat.

Untuk menggajikan seorang pelajar asing, lampiran latihan mereka di Singapura haruslah dijalankan sebagai sebahagian daripada kursus pengajian mereka dan mereka perlu menuntut di sebuah "institusi yang oleh diterima" atau "menerima gaji bulan tetap" sekurang-kurangnya S$3,000, menurut MOM.

Untuk menggajikan seorang pelatih dari sebuah pejabat atau anak syarikat dari luar negara, mereka perlu mendapat gaji bulanan tetap sekurang-kurangnya S$3,000.

Dalam rencana bertajuk "Eksekutif pengurusan membasuh pinggan" yang diterbitkan oleh badan tidak mengaut keuntungan Transient Workers Count Too (TWC2) di lamannya pada bulan lalu, ia menyatakan bahawa ia sudah melihat 13 pekerja yang memegang pas sedemikian antara 1 Disember tahun lalu dengan 26 April lalu.

"Kami belum pernah melihat begitu ramai pekerja dengan pas pekerja sedemikian dalam tempoh yang sangat singkat.

"Hampir semuanya mengadu tentang isu gaji tidak sekata, namun sekurang-kurangnya seorang daripadanya berkata waktu bekerja yang panjang adalah masalah terbesarnya," menurut rencana itu.

"Namun, apabila kita mengetahui lebih lanjut tentang keadaan yang menyebabkan mereka bekerja di Singapura, kita dapat melihat gambaran skim penipuan pekerjaan yang semakin berkembang."

Menurut TWC2, lima individu tersebut dikerahkan untuk bekerja di sebuah pertubuhan makanan dan minuman, lima di sebuah gudang, dua di syarikat-syarikat pembersihan dan seorang di sebuah syarikat yang disifatkan sebagai "agensi koc bas pelancongan".

Kesemua individu dibayar gaji kurang daripada yang tertera dalam perjanjian secara berprinsip, disuruh bekerja "untuk tempoh waktu yang tidak masuk akal", disuruh untuk mula bekerja sebaik sahaja mereka tiba di Singapura dan tidak dibawa ke MOM bagi langkah wajib pengeluaran pas TEP sehinggalah ia mencecah hampir 30 hari selepas ketibaan mereka di Singapura, dakwa TWC2.

"MOM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas majikan yang menyalahgunakan TEP untuk mengatasi rangka kerja pas pekerjaan kami," menurut MOM.

"Ini termasuk menggantung keistimewaan pas pekerja para majikan yang menyalahi undang-undang, mengenakan denda kewangan atau bahkan pendakwaan bergantung kepada sejauh mana serius kesalahan yang dilakukan.

"Para pekerja yang terjejas boleh menghubungi MOM bagi mendapatkan bantuan."
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita