MOM pertingkat pemeriksaan dan audit di tapak kerja berisiko tinggi selama 2 bulan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNA/Abigail Ng
SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan meningkatkan kegiatan pemeriksaan dan audit sebanyak 50 peratus pada dua bulan seterusnya, dan syarikat-syarikat yang melakukan pelanggaran serius akan diaudit sistem pengurusan mereka.
Langkah tersebut diambil setelah tempoh keselamatan dipertingkat selama sembilan bulan berakhir pada 31 Mei, meskipun beberapa langkah dikekalkan dan langkah-langkah baharu diumumkan.
Selepas pemeriksaan di tapak kerja oleh bahagian keselamatan dan kesihatan pekerjaan MOM pada Isnin (28 Ogos), Encik Silas Sng, pengarah bahagian itu berkata pemeriksaan sedemikian adalah sebahagian daripada langkah dipertingkatkan selepas tempoh keselamatan dipertingkat berakhir.
"Kami telah meneruskan usaha untuk mempertingkat bagi mengekalkan kewaspadaan dalam industri berisiko tinggi seperti binaan dan pembuatan," kata Encik Sng, yang juga merupakan pesuruhjaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Beliau berkata siasatan ke atas insiden di tempat kerja mendedahkan "kekurangan kebertanggungjawaban secara umumnya dan penekanan terhadap keselamatan di tempat kerja".
"Langkah pengawalan asas tidak dikuatkuasakan sepertimana yang kami saksikan di tapak kerja ini hari ini," nyatanya.
Di tapak kerja bagi 35 Gilstead, sebuah pembangunan kondominium yang mengandungi 70 unit berdekatan dengan Newton MRT, pegawai MOM menarik perhatian kepada para wartawan mengenai beberapa kesilapan keselamatan yang dilihat di tapak tersebut, termasuk tangga tanpa pagar tangan dan lubang lif yang tidak terhalang.
Sekatan untuk mengelak pekerja daripada terjatuh dari bangunan itu juga tidak dipasang di beberapa sudut, dan terdapat pelanggaran pengurusan seperti papan yang diletakkan di lantai atau platform perancah yang boleh mendatangkan risiko kepada pekerja yang boleh tergelincir, tersandung atau terjatuh, menurut MOM.
Wartawan juga ternampak sebuah tangga yang tidak diikat, paku yang menonjol dari bahan kerja yang bersepah di atas lantai, serta bar pemula yang tidak ditutup dibiarkan di lantai, yang boleh menyebabkan kecederaan jika pekerja jatuh ke dalamnya.

Kontraktor utama itu, Trinity Construction Development, telah diberi arahan berhenti kerja yang berkuat kuasa serta-merta. Apabila wartawan dibenarkan ke dalam tapak berkenaan, ramai pekerja berkumpul di lantai paling bawah.
Pegawai MOM juga memaklumkan syarikat tersebut apa langkah pembetulan yang perlu dibuat pada Isnin atau Selasa, dan kerja hanya boleh disambung semula di tapak tersebut selepas pemeriksaan susulan oleh kementerian tersebut selesai dijalankan.
Encik Sng menggesa kedua-dua majikan dan pekerja agar mengutamakan keselamatan di tempat kerja, memandangkan MOM telah mendapati pekerja-pekerja tidak menuruti prosedur keselamatan yang betul.
Pemeriksaan oleh kementerian tersebut dan permintaan bagi audit luaran akan dipertingkat untuk mengekalkan manfaat yang diperoleh dalam tempoh keselamatan yang dipertingkat dan mereka yang bertanggungjawab atas sebarang pelanggaran akan dikenakan hukuman sewajarnya, katanya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.