Skip to main content

Singapura

MOM naikkan had pampasan bagi pekerja maut atau alami kecacatan ketika kerja

Anggaran Waktu Membaca:
MOM naikkan had pampasan bagi pekerja maut atau alami kecacatan ketika kerja

Bangunan Kementerian Tenaga Manusia. (Gambar fail: Calvin Oh)

Diterbitkan : 09 Feb 2024 07:39AM
SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan menaikkan had minimum dan maksimum pampasan bagi pekerja yang meninggal dunia atau mengalami kecacatan seumur hidup, berkaitan dengan pekerjaan.

Mulai 1 November tahun depan, had itu dinaikkan kira-kira 19 peratus.

MOM menyatakan langkah tersebut agar sejajar dengan kenaikan gaji dan kos jagaan kesihatan.

Had maksimum pampasan bagi pekerja yang meninggal dunia kerana pekerjaannya dinaikkan kepada S$269,000.

Pekerja yang mengalami kecacatan seumur hidup pula boleh menuntut pampasan sehingga S$346,000.

Had tuntutan bagi belanja perubatan juga dinaikkan kepada S$53,000 atau kira-kira 17 peratus.

Pergerakan buruh NTUC menyatakan para pekerja dalam sektor-sektor berisiko tinggi seperti binaan dan pengangkutan akan meraih manfaat daripada perubahan itu.
 
Sumber : AGENCIES/MU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita