MOM keluarkan tarikh cuti umum bagi 2023 termasuk 6 hujung minggu panjang

(Gambar: URA)
SINGAPURA: Rakyat Singapura akan berpeluang menikmati enam cuti umum hujung minggu yang panjang pada tahun depan, termasuk cuti umum selama empat hari pada bulan Januari.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (8 Apr) mendedahkan tarikh-tarikh cuti umum Singapura pada 2023.
Tujuh daripada cuti-cuti umum tersebut jatuh pada hari Jumaat, Ahad atau Isnin.
Memandangkan Tahun Baru Cina jatuh pada hari Ahad (22 Jan) dan Isnin (23 Jan) tahun depan, ia merupakan sebahagian daripada cuti hujung minggu yang panjang selama empat hari. Selasa (24 Jan) juga adalah cuti umum.
Tiga cuti umum jatuh pada hari Ahad:
- Cuti Tahun Baru (1 Jan)
- Hari pertama Tahun Baru Cina (22 Jan)
- Deepavali (12 Nov)
Tiga cuti umum jatuh pada hari Isnin:
- Hari kedua Tahun Baru Cina (23 Jan)
- Hari Buruh (1 Mei)
- Hari Krismas (25 Dis)
Satu cuti umum jatuh pada hari Jumaat:
- Good Friday (7 Apr)
Cuti-cuti umum yang lain adalah:
- Hari Raya Puasa (22 Apr)
- Hari Vesak (3 Jun)
- Hari Raya Haji (29 Jun)
- Hari Kebangsaan (9 Ogos)
Pekerja yang dikehendaki bekerja pada hari cuti umum berhak mendapat gaji tambahan sehari pada kadar gaji asas selain daripada kadar gaji kasar mereka bagi hari tersebut, menurut MOM.
Para majikan dan pekerja boleh bersetuju untuk menggantikan cuti umum dengan hari kerja yang lain.
Para majikan juga mempunyai pilihan untuk memberi cuti sebagai ganti, berdasarkan jumlah jam yang dipersetujui bersama, kerana bekerja pada hari cuti umum bagi golongan pekerja berikut: Pekerja yang berpendapatan lebih daripada S$4,500 sebulan, pekerja dengan gaji lebih S$2,600 sebulan dan semua pengurus dan eksekutif.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.