MOM kaji cara baharu sediakan panduan padanan kerja untuk majikan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Zaqy Mohamad)
SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang mengkaji cara-cara baharu untuk menyediakan panduan dan saranan yang disesuaikan untuk para majikan dalam mengambil calon pekerja, demi memastikan padanan pekerjaan lebih baik.
"Kami akan sokong majikan supaya melabur dalam pekerja mereka dan meningkatkan daya pengerahan ke bahagian lain tenaga kerja mereka untuk merebut peluang masa depan di tengah-tengah pasaran buruh yang semakin ketat dan keperluan industri yang pesat berubah," kata Menteri Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad.
Encik Zaqy mengumumkan inisiatif terbaharu itu di satu pameran kerjaya yang menyasarkan graduan baharu serta karyawan pertengahan kerjaya pada Sabtu (8 Mac).
Acara tahun ini memberi tumpuan kepada tiga tema, iaitu memberi maklumat mendalam mengenai kerjaya berkaitan teknologi,
meneroka peranan pekerjaan dalam sektor jagaan kesihatan dan khidmat sosial, serta peluang-peluang dalam ruang pembangunan mampan.
Career Forward dianjurkan oleh Mediacorp bersama SkillsFuture dan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG).
"Tujuannya adalah bagi membolehkan ekosistem meluangkan masa bersama-sama dan untuk para pemohon kerja bertemu dan berbincang secara mendalam serta lebih bermakna dengan semua syarikat," kata Ketua Pegawai Komersil Mediacorp, Jacqui Lim.
"Memahami lebih lanjut tentang bagaimana mereka boleh membangunkan diri mereka dalam satu laluan kerjaya yang berpandangan jauh," tambahnya.

Sumber : CNA/IQ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.