MOM hentikan skim Permit Kerja Artis Persembahan selepas ia disalahguna secara meluas oleh sindiket
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan berhenti menerima permohonan baharu untuk mengambil pekerja hijrahan di bawah skim Permit Kerja Artis Persembahan mulai 1 Jun 2026, selepas skim itu disalahgunakan secara meluas oleh sindiket-sindiket.
Operasi penguatkuasaan terkini yang dijalankan oleh MOM dan polis mendedahkan sindiket tempat hiburan awam yang tidak beroperasi mengambil artis persembahan asing di bawah skim tersebut.
Warga asing berkenaan kemudian dilepaskan untuk bekerja di tempat hiburan awam dan lokasi lain.
"Memandangkan skim ini disalahgunakan secara meluas, MOM, setelah berunding dengan agensi berkaitan, menilai bahawa skim ini tidak lagi memenuhi tujuan asalnya."
"MOM akan menamatkan skim ini," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Isnin (1 Dis).
Tempat hiburan awam boleh mengekalkan artis persembahan asing sedia ada di bawah skim itu sehingga pas mereka tamat tempoh atau dibatalkan, menurutnya.
Diperkenalkan pada tahun 2008, skim itu bertujuan untuk membolehkan tempat hiburan awam berlesen seperti bar, hotel dan kelab malam mengambil artis persembahan asing dari mana-mana negara untuk jangka pendek sehingga enam bulan.
MOM menyatakan bahawa mereka sedang memantau pengambilan artis sedemikian dengan rapi melalui pemeriksaan pematuhan dan penguatkuasaan yang kerap.

Pada 23 Okt tahun ini, polis, MOM dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menjalankan operasi bersama di dua pusat hiburan awam, menurut kementerian tenaga manusia dan polis dalam satu kenyataan bersama pada Oktober.
Seramai 58 orang ditangkap semasa operasi tersebut di bawah Akta Pengambilan Tenaga Kerja Asing.
Daripada jumlah ini, 32 orang adalah warga asing yang diambil bekerja sebagai artis persembahan di bawah skim Permit Kerja Artis Persembahan, tetapi didapati bekerja secara haram tanpa pas kerja yang sah di kedua-dua pusat tersebut, menurut MOM.
Baki 22 warga asing dan empat Penduduk Tetap Singapura ditangkap kerana kesalahan berkaitan pekerjaan.
Pada masa itu, MOM menyatakan ia sedang menyemak semula skim tersebut "memandangkan ia disalahgunakan secara berterusan", dan akan mengumumkan beberapa perubahan.
MOM menambah pada Isnin bahawa keputusan itu dibuat selepas rundingan dengan Persatuan Perniagaan Hiburan Malam Singapura. Ini adalah untuk memberi masa yang mencukupi bagi tempat hiburan awam yang kini mengambil artis persembahan asing di bawah skim tersebut untuk membuat rancangan alternatif.
Perniagaan boleh mendapatkan perkhidmatan hiburan daripada pembekal perkhidmatan dan bukannya mengambil artis secara langsung atau terus mengambil artis persembahan asing yang layak dengan pas kerja biasa, tambahnya.
Perniagaan juga boleh mengambil warga asing untuk membuat persembahan jangka pendek di bawah rangka kerja Pengecualian Pas Kerja untuk acara yang disokong oleh pemerintah atau badan-badan berkanun, atau diadakan di tempat persembahan awam, kecuali bar, disko, ruang istirehat, kelab malam, pub, hotel, kelab privet atau restoran dengan lesen hiburan awam Kategori 1.
"MOM dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) akan terus bekerjasama dengan SNBA untuk menyemak perkembangan dalam sektor hiburan malam," menurut kenyataan itu

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.