Skip to main content

Singapura

MOM harap jadi 'jambatan' yang hubung pekerja dengan pekerjaan masa depan

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan Singapura mempunyai asas dan kerjasama tiga pihak yang kukuh bagi menghadapi cabaran-cabaran masa depan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Oct 2018 06:21PM Dikemas Kini : 22 Oct 2018 08:34PM

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan Singapura mempunyai asas dan kerjasama tiga pihak yang kukuh bagi menghadapi cabaran-cabaran masa depan.

MOM juga ingin menjadi jambatan kepada pekerjaan masa depan dengan melaksanakan dasar-dasar yang berkesan dan program-program yang menyokong perniagaan.

Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo turut menarik perhatian kepada tiga bidang yang akan memberi kesan meluas ke atas Singapura.

Ini termasuk memanfaatkan pengalaman para pekerja kanan bagi membantu perniagaan, membantu pekerja menyesuaikan diri dan menangani trend teknologi di samping menggalak tempat kerja yang lebih inklusif dan berdaya maju.

Cik Teo berkata demikian ketika berucap kepada 1,200 kakitangan MOM di majlis menyambut ulang tahun ke-20 kementerian tersebut.

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita