Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOM bongkar hampir 140 pelanggaran keselamatan di syarikat kitar sisa

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (13 Nov) berjaya membongkar hampir 140 insiden pelanggaran keselamatan dan kesihatan di tempat kerja (WSH) dalam syarikat-syarikat kitar semula sampah semasa operasi penguatkuasaan.

Anggaran Waktu Membaca:
MOM bongkar hampir 140 pelanggaran keselamatan di syarikat kitar sisa

Contoh pengurusan lemah yang menghalang laluan bagi para pekerja untuk selamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran. (Gambar: MOM)

Diterbitkan : 13 Nov 2020 01:01PM Dikemas Kini : 13 Nov 2020 01:09PM

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (13 Nov) berjaya membongkar hampir 140 insiden pelanggaran keselamatan dan kesihatan di tempat kerja (WSH) dalam syarikat-syarikat kitar semula sampah semasa operasi penguatkuasaan.

Diberi nama 'Ops Bowerbird', operasi itu dilancarkan pada bulan lalu dan disokong Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). Pemeriksaan dijalankan ke atas lebih 30 syarikat melalui operasi tersebut.

(Gambar-gambar: MOM)

"Para pegawai kami mendapati hampir 140 pelanggaran di mana ada risiko kebakaran dan letupan disebabkan perbuatan seperti tidak menguruskan bekas-bekas yang mengandungi sisa mudah terbakar atau gas toksik, di samping halangan terhadap langkah-langkah keselamatan kebakaran," menurut MOM menerusi catatan Facebooknya.

"Selain itu, para pegawai juga mendapati ada pelanggaran di mana barang-barang disusun dengan cara yang berbahaya, pemasangan wayar elektrik yang tidak selamat, trak angkat susun bermasalah, pengawal mesin yang tidak selamat dan pengemasan yang buruk."

MOM menambah, sebilangan syarikat didapati tidak melaksanakan amalan-amalan WSH yang baik: Ada yang menerima bahan-bahan yang tidak dapat diurus dengan selamat, seperti balang, silinder gas petroleum cecair (LPG) dan pemampat.

"Semua majikan seharusnya menjalankan penilaian risiko, mengenal pasti bahan-bahan yang boleh diurus syarikat, dan mematuhi prosedur-prosedur keselamatan," tegas MOM. "Kami akan terus memeriksa tempat kerja seperti ini, untuk menekankan lagi tentang peri pentingnya WSH, walau di tengah-tengah COVID-19."

MOM dan Majlis WSH akan bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin industri untuk mengeluarkan makluman tentang kerja-kerja pengitaran yang selamat pada bulan depan.

MOM menambah: "Dengan musim perayaan akhir tahun, para peniaga mungkin memperhebatkan kegiatan-kegiatan kerja agar mengikut jadual kerana sebelum ini terdapat penangguhan.

"Tahun lalu, pada Nov dan Dis sahaja, ada kenaikan insiden kemalangan yang malangnya menyebabkan kematian 11 pekerja.

"MOM ingin mengingatkan semua syarikat supaya kekal berwaspada dan memastikan semua langkah keselamatan penting dijalankan untuk melindungi para pekerja."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan