Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOM alu-alukan cadangan syarikat bagi pengesahan kelayakan pendidikan pemohon Pas Pekerjaan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang mendapatkan cadangan daripada syarikat-syarikat saringan latar belakang untuk mengesahkan kelayakan pendidikan para pemohon Pas Pekerjaan (EP), di bawah syarat baru yang akan berkuat kuasa 1 September.

Bulan lalu, kementerian itu mengumumkan bahawa ia memerlukan semua majikan untuk mengesahkan kelayakan peringkat diploma ke atas pemohon EP mereka bermula 1 September.

Langkah itu diperkenalkan untuk melindungi daripada kelayakan palsu diserahkan.

Dalam kenyataan media pada Rabu (19 Apr), MOM menyatakan bahawa senarai syarikat-syarikat saringan latar belakang yang dipilih akan dipaparkan di lamannya.

Ia menambah bahawa ia juga sedang mengkaji cara pengesahan lain, seperti sijil digital.


"Untuk memastikan kelayakan yang diserahkan adalah tulen, MOM meluaskan syarat ini kepada semua pemohon EP di mana kelayakan diserahkan untuk mengumpul mata di bahawa Compass (Rangka Kerja Penilaian Pelengkap).

Compass adalah sistem berasaskan mata yang menentukan pemohon EP dalam empat kriteria asas dan dua kriteria bonus.

Sistem itu memastikan karyawan asing boleh melengkapi tenaga kerja tempatan. Ia akan dikuatkuasakan pada 1 Septermber juga.


Selain pengesahan daripada syarikat-syarikat saringan latar belakang, kementerian itu juga menerima bukti pengesahan daripada portal online kementerian negara atau institusi pendidikan.

KRITERIA PENILAIAN, PANEL BAGI SYARIKAT SARINGAN LATAR BELAKANG

Syarikat yang berminat untuk menyerahkan cadangan harus memenuhi kriteria tersebut:

Ia boleh melakukan kedua-dua semakan ketulenan dan semakan pentauliahan ke atas institusi-institusi pendidikan

Ia mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun dalam menyediakan khidmat saringan latar belakang di Singapura dan di seluruh dunia

Ia boleh menunjukkan proses-proses untuk memastikan piawaian bermutu pengesahan kelayakan dilakukan.

MOM menambah bahawa lebih banyak maklumat akan diberikan tentang syarikat-syarikat yang dipilih dan proses pelaksanaan tidak lama lagi. Ia bagaimanapun tidak memberi tarikh khusus.

Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan