Skip to main content

Singapura

MOM: 250,000 pekerja dipotong gaji antara Mac hingga Sep 2020

Antara Mac dengan September tahun ini, gaji sekitar 250,000 pekerja dipotong, menurut laporan piawai pekerjaan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (19 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
MOM: 250,000 pekerja dipotong gaji antara Mac hingga Sep 2020

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 19 Nov 2020 06:17PM Dikemas Kini : 19 Nov 2020 06:20PM

SINGAPURA: Antara Mac dengan September tahun ini, gaji sekitar 250,000 pekerja dipotong, menurut laporan piawai pekerjaan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (19 Nov).

Sejak MOM mewajibkan syarikat-syarikat yang menggajikan 10 atau lebih kakitangan untuk memaklumkan kementerian itu jika mereka meneruskan langkah untuk memotong gaji pada Mac, dengan kementerian tersebut menerima 7,300 pemberitahuan daripada sekitar 5,000 syarikat.

Menurut laporan itu, Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (Tafep) bekerjasama dengan 900 syarikat sedemikian, yang menggajikan hampir 52,000 pekerja, untuk menyemak semula langkah-langkah tersebut kerana pemotongan gaji yang dirancangkan dianggap keterlaluan.

Menurut MOM, hampir 330 daripada majikan-majikan berkenaan bersetuju untuk menyemak semula langkah mereka manakala selebihnya berupaya mewajarkan langkah untuk memotong gaji demi menyelamatkan perniagaan masing-masing.

Ini adalah kali kedua MOM menerbitkan laporan sedemikian yang memantau sebarang pertikaian buruh berhubung isu-isu seperti gaji dan pemberhentian pekerja.

Laporan pertama merangkumi jangka masa satu tahun dan sembilan bulan manakala laporan terkini meneliti pertikaian yang difailkan antara 1 Jan 2019 sehingga 30 Jun 2020 dan ia juga termasuk kesan pandemik COVID-19 ke atas isu-isu berkenaan.

PENGAMBILAN PEKERJA SECARA BERDISKRIMINASI

Tinjauan MOM pada 2018 mendapati bahawa peratusan pemohon kerja tempatan yang merasakan diskriminasi semasa mencari pekerjaan sudah meningkat dari 10 peratus pada 2014 kepada 15 peratus pada 2018.

Berikut adalah hasil siasatan Tafep terhadap amalan berdiskriminasi:

- 260 kes disiasat pada separuh pertama 2020. Jumlah ini lebih tinggi berbanding 160 kes yang disiasat pada tempoh sama pada 2019.

Pembatalan keistimewaan pas kerja:
- 70 majikan pada separuh pertama 2020. Jumlah ini lebih tinggi berbanding 35 yang ditarik balik keistimewaan pas kerja mereka pada keseluruhan 2019.

Apabila ditanya mengapa jumlah tersebut meningkat, MOM menyatakan terdapat lebih banyak aduan yang difailkan kepada Tafep disebabkan oleh tahap kesedaran yang lebih tinggi dalam kalangan pekerja.

MOM secara proaktif juga menjalankan siasatan terhadap syarikat-syarikat, malah sebelum aduan dibuat menerusi penggunaan analisis data, yang akan mengkaji petunjuk yang menunjukkan risiko tinggi melakukan kesalahan.

MOM juga menyatakan tanggapan bahawa seseorang individu menjadi mangsa diskriminasi mungkin dipengaruhi oleh keadaan ekonomi semasa.

Misalnya, sewaktu masa sukar, mungkin tahap kesedaran lebih tinggi, khususnya pekerjaan-pekerjaan seharusnya diperuntukkan untuk rakyat tempatan.

Aduan-aduan yang kerap diterima oleh Tafep adalah berkenaan diskriminasi berdasarkan kerakyatan, usia dan jantina.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita