Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mohd Ramlee dipenjara 2 tahun; perdaya 85 mangsa dalam skandal penipuan Haji

Anggaran Waktu Membaca:
Mohd Ramlee dipenjara 2 tahun; perdaya 85 mangsa dalam skandal penipuan Haji

Jemaah musim haji 2020 (Gambar: Kementerian Media Arab/AFP)

SINGAPURA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun pada Khamis (7 Jul) kerana memperdayakan lebih 85 mangsa dalam satu penipuan berkaitan Haji.

Mohd Ramlee AB Samad, 62 tahun, mengaku bersalah atas 20 tuduhan menipu dengan lagi 65 kesalahan serupa dipertimbangkan ketika menjatuhkan hukuman.

Dia mengaku menipu 69 individu untuk membayar lebih S$97,000 pada 2018, kononnya bagi lawatan untuk menunaikan ibadah Haji. Semua 85 mangsa juga diperdaya untuk menyerahkan pasport mereka kepada Ramlee bagi mendapatkan visa.

Dia menjalankan penipuan itu dengan bantuan rakannya, Encik Fahrorazi Sohoi, yang ketika itu ialah seorang guru agama serta muflis.
Mahkamah diberitahu bahawa pada Mei 2018, Ramlee memberitahu Encik Fahrorazi ada ruang kosong untuk mengikuti perjalanan berdiskaun bagi Haji tahun itu, dari 19 hingga 21 Ogos 2018.

Ramlee mendakwa dia diberitahu tentang perjalanan berdiskaun itu oleh seorang lelaki bernama Mohsein, dikatakan merupakan seorang wakil penguasa Saudi yang berurusan dengan penguasa Singapura.

Ramlee mendakwa kos penerbangan dan penginapan akan dibiayai oleh penguasa Saudi dan peserta hanya perlu membayar S$1,550 bagi cukai lapangan terbang, yuran pentadbiran dan ibadah korban.

Dia juga mendakwa kuota peserta akan "dikira di bawah kuota Batam dan Brunei kerana kuota haji Singapura sudah penuh", menurut dokumen mahkamah.

Ramlee meminta Encik Fahrorazi untuk mencari peserta yang berminat dan mengumpulkan pembayaran serta pasport daripada mereka.

Sebagai balasan, Encik Fahrorazi akan menerima upah S$200 bagi setiap peserta yang mengambil bahagian. Encik Fahrorazi bersetuju dan mula menyebarkan khabar itu.

Bahkan, Ramlee tahu bahawa perjalanan tersebut tidak pernah wujud dan dia berniat untuk menipu mangsa melalui Encik Fahrorazi bagi memperdaya mereka supaya membuat pembayaran, kata Timbalan Pendakwa Raya Tan Zhi Hao dan Ryan Lim.

Encik Fahrorazi membuat pembayaran pendahuluan bagi perjalanan itu ke akaun bank Ramlee malah sebelum mengumpulkan pembayaran penuh daripada para mangsa. Ini kerana Ramlee memberitahunya bahawa tempat dan penerbangan bagi mengikuti perjalanan tersebut perlu ditempah terlebih dahulu. Encik Fahrorazi memindahkan sejumlah kira-kira S$40,000 kepada Ramlee.

Pada atau sekitar 13 Ogos 2018, Ramlee meninggalkan Singapura untuk ke Batam.

Pada 15 Ogos 2018, beberapa mangsa mengesyaki perjalanan itu adalah satu penipuan apabila Encik Fahrorazi memberitahu mereka bahawa tarikh keberangkatan sudah ditangguhkan sehari ke 17 Ogos 2018.

Ramlee ditangkap pada 4 Oktober 2018 apabila dia pulang ke Singapura dari Batam. Lapan puluh dua pasport kepunyaan mangsa dirampas olehnya.

Tiga pasport mangsa dan wang tunai lebih S$196,000 dirampas daripada Encik Fahrorazi.

Ramlee belum mengembalikan sebarang wang tunai itu sehingga hari ini.

Pihak pendakwa berkata mangsa tidak mengalami sebarang kehilangan kewangan kerana wang yang dirampas akan dikembalikan kepada mereka.

Mereka meminta hukuman penjara sekurang-kurangnya dua tahun ke atas Ramlee, menyatakan bahawa kesalahan itu membabitkan jumlah wang yang besar serta sifat penipuan yang dirancang agak canggih.

Encik Fahrorazi diberikan pelepasan, tetapi tidak sehingga pembebasan, bagi peranannya dalam skandal penipuan itu pada Oktober 2019.

Ini bermakna dia masih boleh didakwa atas kesalahan itu pada masa hadapan sekiranya terdapat perkembangan baru dalam kes tersebut, seperti timbulnya bukti baru.

Hukuman bagi kesalahan menipu adalah hukuman penjara mandatori sehingga 10 tahun dan denda.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan