Skip to main content

Singapura

Mohamad Jonit Adnan dituduh bunuh bekas isteri di Yishun Ring Road

Seorang lelaki berusia 37 tahun didakwa dengan tuduhan membunuh hari ini (15 Ogos), setelah seorang mangsa berusia 29 tahun meninggal dunia di hospital semalam.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Aug 2016 12:09PM Dikemas Kini : 16 Aug 2016 12:43AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 37 tahun didakwa dengan tuduhan membunuh hari ini (15 Ogos), setelah seorang mangsa berusia 29 tahun meninggal dunia di hospital semalam (14 Ogos).

Mohamad Jonit Adnan didakwa membunuh Sri Idayu Ghazali di sebuah flat di tingkat tiga Blok 342B Yishun Ring Road pada Sabtu (13 Ogos) sekitar pukul 9.00 malam.

Mediacorp difahamkan, pasangan itu sedang dalam proses untuk bercerai.

Cik Sri Idayu dijumpai cedera di rumah tersebut dan dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat, menurut polis.

Bagaimanapun, beliau meninggal dunia beberapa jam kemudian sekitar pukul 4.30 pagi semalam.

Mediacorp juga difahamkan, saudara perempuan Cik Sri Idayu, yang juga merupakan jiran sebelah rumah beliau, menghubungi ambulans dan polis.

Di mahkamah pagi tadi, Jonit tidak menunjukkan sebarang emosi apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Pendakwa raya polis meminta supaya dia ditahan reman untuk membantu siasatan.

Kes Jonit akan dibicarakan lagi pada 22 Ogos.

Jika sabit kesalahan, Jonit boleh dijatuhi hukuman mati.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita