MOH utamakan penjagaan masyarakat sedang penduduk SG menua
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata isu penuaan merupakan transformasi sosial terbesar yang dihadapi Singapura bagi generasi ini.
Sejajar dengan itu, usaha membaiki dan meluaskan khidmat penjagaan masyarakat menjadi keutamaan seterusnya Kementerian Kesihatan (MOH), tambah beliau pada Khamis (20 Apr).
Ia adalah kesinambungan strategi penjagaan pencegahan Singapura, SG Lebih Sihat dan akan menjadi program negara yang "mempunyai matlamat tinggi dan meluas", kata Encik Ong di Parlimen ketika membahaskan ucapan Presiden Halimah Yacob.
"Di bawah SG Lebih Sihat, pemerintah akan menyediakan sokongan dan struktur bagi individu bertanggungjawab atas kesihatan mereka sendiri, dengan masyarakat membentuk teras kompak sosial penjagaan kesihatan" kata Encik Ong.
SG Lebih Sihat akan dilancarkan pada Julai.
Menurut Encik Ong, sistem kesihatan kini tertumpu pada penjagaan di hospital dan direka bentuk ketika bilangan warga tua dalam masyarakat tidak banyak.
Namun beban daripada penyakit meningkat seiring dengan jangka hayat yang meningkat, kata Encik Ong.
Beliau berkata kajian menunjukkan 60 peratus kesihatan seseorang ditentukan oleh faktor sosial seperti makanan berkhasiat, mutu pendidikan, peluang pekerjaan dan kemudahan awam seperti taman, perpustakaan dan kemudahan sukan.
"Apabila pencegahan kesihatan diperlukan, ia lebih bersifat sosial daripada perubatan dan kerap bergantung pada logik seperti dapat tidur dan makan dengan baik, jalin hubungan baik dan bersenam.
Namun begitu, perkara sedemikian tidak diamalkan kerana tidak ternampak kesan segeranya," kata Encik Ong.
"Dengan sokongan masyarakat terdapat lebih banyak peluang bagi warga emas menjalani kehidupan lebih sihat dalam masyarakat. Inilah bidang seterusnya di mana perubahan besar diperlukan."
SOKONGAN BUAT WARGA TUA
Encik Ong juga menggariskan usaha untuk menyesuaikan diri dengan penduduk yang menua.
Walaupun Singapura tidak berdepan dengan masalah penduduk berpindah dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar, beberapa kejiranan mempunyai jumlah penduduk yang lebih tua.
Seperti contoh, lebih 20 peratus penduduk Queenstown berusia 65 tahun dan ke atas. Lebih banyak agensi menjalankan inisiatif termasuk kegiatan fizikal, program pendampingan dan khidmat jagaan kesihatan untuk membantu golongan warga tua di kawasan itu, kata Encik Ong.
Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) mempunyai program untuk memasang ciri-ciri mesra warga tua di dalam rumah seperti palang pegangan, jubin kalis licin dan tanjakan.
HDB juga melancarkan projek Bina Ikut Tempahan (BTO) baru di Queenstown untuk memastikan interaksi antara generasi. Pusat penuaan aktif, taman permainan tiga generasi dan tajaka disediakan bersebelahan satu sama lain, jika boleh.
Dari segi tenaga kerja, Singapura sudah meningkatkan usia persaraan dan akan terus melakukan demikian, supaya pekerja dilindungi daripada dipecat atas sebab usia mereka.
Kemajuan teknologi juga boleh membantu meningkatkan daya penghasilan dan menangani kekurangan tenaga kerja sedang usia penduduk semakin meningkat, tambahnya.
Beliau merujuk kepada Finland, yang merupakan "masyarakat warga tua", yang mempunyai syarikat-syarikat bertaraf dunia dan sektor pemula yang bertenaga sebelum COVID.
"Singapura akan menjadi lebih tua, tetapi kita boleh kekal dinamik dan cergas dari segi ekonomi, selagi kita terus menyusun semula ekonomi kita dan mempersiapkanrakyat kita mengharungi keadaan itu," kata Encik Ong.
Dengan jangka hayat yang meningkat, mereka yang hidup lebih lama mungkin menyaksikan simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka berkurangan.
Untuk menangani isu itu, skim CPF LIFE bagi warga Singapura yang lahir pada 1958 atau selepas itu yang mempunyai sekurang-kurangnya S$60,000 dalam simpanan persaraan, menggunakan cara pengumpulan risiko untuk menawarkan pembayaran bulanan.
CPF LIFE adalah skim insurans sepanjang hayat yang menyediakan penduduk dengan pembayaran bulanan sehingga akhir hayat.
Pemerintah juga menyediakan tokokan bagi pekerja bergaji rendah dan bantuan tunai kepada warga tua yang mempunyai dana persaraan lebih rendah semasa tempoh mereka bekerja.
"MOM (Kementerian Tenaga Manusia) akan terus meneroka cara dan kaedah untuk memastikan warga Singapura cukup simpanan persaraan," kata Encik Ong.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.