Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH usul pindaan Akta Perkhidmatan Jagaan Kesihatan agar lebih jelas, demi keselamatan pesakit

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) mengusulkan beberapa pindaan pada Akta Perkhidmatan Jagaan Kesihatan (HCSA) untuk melindung keselamatan dan kebajikan pesakit sementara membenarkan perkembangan perkhidmatan baru dan inovatif, menurut pengumuman MOH pada Rabu (12 Okt).

Pindaan yang diusulkan juga akan membolehkan pesakit memafaatkan perkhidmatan jagaan kesihatan di bawah "rejim kawal selia yang utuh", serta "penjelasan dan ketelusan yang lebih mendalam dalam pengiklanan perkhidmatan kesihatan dan cara ia disampaikan".

Berikut butiran pindaan yang diusulkan MOH, seperti yang dijelaskan dalam kenyataan media, dirancang dilaksanakan pada Jun 2023.

Pertama, MOH merancang untuk mengubah cara perkhidmatan jagaan kesihatan yang tidak mempunyai lesen di bawah HCSA diiklankan.

Ia mengusulkan supaya mereka yang tidak memegang lesen HCSA "tidak boleh membuat dakwaan merawat penyakit sewaktu mengiklankan perkhidmatan jagaan kesihatan".

Karyawan jagaan kesihatan yang tidak berdaftar dan menggunakan "Dr" dalam iklan perkhidmatan jagaan kesihatan mesti menjelaskan kepada orang ramai kelayakan dan pentauliahan mereka. Ini supaya orang ramai tidak akan "terpengaruh" untuk percaya bahawa "Dr" merujuk kepada seseorang yang mempunyai amalan perubatan atau mempunyai ijazah MBBS.

Kedua, MOH mengusulkan supaya mereka yang mempunyai lesen HCSA "tidak dibenarkan menggunakan istilah yang merujuk kepada kepakaran dalam nama bisnes mereka jika tidak ada ahli pakar sedemikian yang berkhidmat di situ".

Sebagai contoh, sesuatu klinik tidak boleh dipanggil "Klinik Neurologi" jika tiada pakar neurologi yang bertugas di klinik tersebut.

Ketiga, MOH mengusulkan peraturan cara-cara penyampaian khidmat jagaan kesihatan yang berbeza.

Ini supaya orang ramai tahu akan cara-cara penyampaian perkhidmatan yang boleh diakses, menurut MOH.

Misalnya, sesuatu klinik itu boleh memilih "Premis Tetap" untuk perkhidmatan klinik yang dilaksanakan di premis mereka secara fiizikal.

Keempat, MOH merancang untuk memperkenalkan "rejim kelulusan" untuk penyampaian perkhidmatan tertentu seperti modaliti pengimejan di bawah perkhidmatan radiologi.

Mereka juga mngusulkan untuk melantik "pegawai tadbir urus klinikal".

Kelima, MOH bercadang memperhalusi skop saringan latar belakang pekerja mengikut tahap risiko terhadap keselamatan dan kebajikan pesakit.

Dan akhir sekali, MOH mengusulkan agar ia dibenarkan mengambil tindakan segera untuk menangani "isu keselamatan pesakit yang memerlukan perhatian segera".

Ia mengusulkan untuk menggugurkan notis 14 hari sebelum pengubahsuaian syarat lesen untuk kumpulan pemegang lesen dalam keadaan tertentu, seperti memerlukan pemegang lesen melaksanakan keperluan saringan untuk pesakit dan penjaga bagi mengurangkan penularan COVID-19.

Dari 12 Oktober hingga 11 November, orang ramai boleh melayari www.hcsa.sg untuk memberikan maklum balas mereka tentang usul pindaan kepada HCSA.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan