Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH timbang perluas senarai ubat, rawatan bersubsidi

Singapura menimbangkan untuk memperluas senarai ubat dan rawatan bersubsidi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 May 2021 08:59PM Dikemas Kini : 29 May 2021 10:39PM

SINGAPURA: Singapura menimbangkan untuk memperluas senarai ubat dan rawatan bersubsidi.

Langkah itu demi menangani kos khidmat jagaan kesihatan di negara ini yang dijangka meningkat tiga kali ganda kepada S$59 bilion, atau tiga peratus daripada GDP, dalam 10 tahun akan datang.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata demikian semasa pembukaan Seminar Pelan Kerja kementeriannya hari ini (29 Mei).

Encik Ong menambah, Singapura juga perlu mengurangkan kos inflasi akibat insurans kesihatan.

Selain itu, ia juga perlu menyediakan khidmat jagaan kesihatan yang lebih baik dan berkesan.

Encik Ong menyarankan sektor itu supaya mengenal pasti strategi-strategi utama yang boleh diuji dan diperluaskan kepada seluruh sistem jagaan kesihatan dalam masa beberapa tahun akan datang.

Encik Ong berkata Singapura mesti menangani isu-isu teras di sebalik faktor-faktor itu dan bukannya menafikan mutu jagaan kesihatan. Dengan melakukan sedemikian, ia akan memastikan jagaan kesihatan kekal dimampui dan tidak membebankan generasi masa depan.

Untuk menyediakan jagaan kesihatan yang lebih berkesan, Encik Ong mencadangkan mengenal pasti strategi-strategi utama yang boleh dirintiskan dan diperluaskan ke semua sistem dalam beberapa tahun mendatang.

Strategi-strategi itu, tambah beliau, mesti mencapai matlamat sistem dalam memanfaatkan penyedia jagaan utama seperti GP dan poliklinik dengan lebih banyak selain melibatkan penyedia jagaan jangka panjang seperti ahli farmasi dan kejururawatan masyarakat.

Idea di sebalik strategi itu, kata beliau, adalah untuk mengurangkan tekanan terhadap hospital-hospital jagaan akut dan mengalihkannya kepada peringkat masyarakat, di mana jagaan boleh disediakan dalam sekitaran yang sesuai. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan