Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH timbang perluas ekosistem, khidmat jagaan sementara bagi ringankan beban penjaga wanita

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Apr 2022 09:10PM Dikemas Kini : 05 Apr 2022 09:10PM

SINGAPURA: Antara saranan utama dalam Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita adalah sokongan kepada para penjaga.

Satu ekosistem jagaan diperluas dan khidmat jagaan sementara akan ditambah.

Kebanyakan tugas menjaga anggota keluarga dipikul kaum Hawa.

Setiausaha Parlimen Kesihatan Rahayu Mahzam berkata usaha menjaga adalah suatu perjalanan yang panjang.

Bagi membolehkan kaum wanita membuat pilihan yang betul, cabaran-cabaran yang mereka hadapi seperti melakukan tugas menjaga anggota keluarga perlu ditangani.

Di tengah-tengah keadaan penduduk Singapura yang kian menua, manakala rumah rawatan dikhaskan untuk mereka yang amat memerlukannya, Cik Rahayu berkata lebih ramai warga emas lebih memilih untuk terus tinggal di rumah sendiri.

Lantaran itu Kementerian Kesihatan (MOH), kata beliau, sedang menimbangkan sokongan lanjut untuk meningkatkan ekosistem jagaan.

MOH juga akan menyemak landskap jagaan sementara supaya para penjaga boleh berehat, jika perlu dengan bayaran lebih murah.

"Selain inisiatif Pemerintah untuk menyokong pembangunan wanita Singapura, usaha-usaha kemasyarakatan melalui agensi-agensi M³ dan pertubuhan Melayu/Islam kita telah memperkukuhkan lagi sokongan untuk wanita dalam aspek perkahwinan dan keibubapaan,pekerjaan dan lain-lain. Kita akan terus mempertingkatkan dan membina usaha-usaha memperkasa wanita Melayu/Islam untuk mencapai aspirasi mereka," ujar Cik Rahayu.

Sumber : CNA/RU/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa