Skip to main content

Singapura

MOH teroka dasar & rangka kerja untuk bangunkan bidang perubatan khusus

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Aug 2023 09:40PM Dikemas Kini : 04 Aug 2023 10:34PM
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan sedang menubuhkan sebuah pasukan bertindak untuk membangunkan bidang perubatan khusus.

Bidang perubatan tersebut akan menawarkan rawatan khusus bagi pesakit mengikut gen masing-masing.

Ia mungkin juga bermakna pembiayaan jagaan kesihatan yang lebih baik bagi rawatan sedemikian.

Bagi tujuan itu, sebuah kemudahan baru seluas 2,000 meter persegi dibuka tadi (4 Ogos) di Pusat Barah Nasional Singapura.

Kemudahan itu dikendalikan Advanced Cell Therapy and Research Institute Singapore, ACTRIS.

Peralatannya akan menyokong proses penghasilan terapi sel dan gen, daripada reka bentuk hingga kepada penghantarannya.

Semasa merasmikan kemudahan itu, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata dunia sedang berada di fasa penerobosan penting dalam khidmat jagaan kesihatan.

Oleh itu, terdapat keperluan untuk membangunkan keupayaan dan memastikan kos rawatan sedemikian berada dalam kemampuan orang ramai.

Encik Ong berkata: "Kita perlu adakan rangka kerja pembiayaan yang mampan dan juga dapat mengelakkan perpecahan antara mereka yang mampu bayar rawatan dan mereka yang tidak mampu. Saya tidak fikir ada sistem jagaan kesihatan di dunia yang sudah menemui huraian sedemikian, tetapi memandangkan sifat terapi sel dan gen agak jarang digunakan dan kosnya yang tinggi, huraiannya mungkin terletak pada usaha mengukuhkan insurans jagaan kesihatan negara."
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita