MOH tawar vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt, tutup 5 pusat vaksinasi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) akan menawarkan vaksin COVID-19 terkini daripada Pfizer dan Moderna dan menutup Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC).
Dua vaksin itu ialah JN.1 PfizerBioNTech/Comirnaty dan JN.1 Moderna/Spikevax.
Kedua-duanya sudah diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA), menurut MOH dalam satu kenyataan media pada Jumaat (25 Okt).
Vaksin itu juga diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat pada Ogos.
Keputusan untuk mennggunakan vaksin yang dikemas kini itu berdasarkan saranan 2024-2025 Jawatankuasa Pakar bagi Imunisasi (ECI), menurut MOH.
"Vaksin itu memberi respons imun yang lebih kuat terhadap virus sedia ada dan juga yang baru muncul berbanding versi vaksin sebelum ini, dan oleh itu memberikan perlindungan lebih baik terhadap COVID-19," menurut MOH.
"Profil keselamatan vaksin itu setanding dengan versi-versi sebelum ini."
Semua lokasi vaksinasi yang menawarkan vaksin PfizerBioNTech/Comirnaty and Moderna/Spikevax akan mula memberikan suntikan versi terkini JN.1 mulai 28 Oktober.
Bagi penduduk Singapura yang sihat, tahap teruk jangkitan COVID-19 adalah rendah memandangkan kebanyakan penduduk di negara ini sudah "sama ada divaksinasi dan/atau dijangkiti COVID-19 dan pulih dengan selamat", menurut MOH.
Bagaimanapun, ECI menyarankan agarmereka dengan risiko tinggi terkena jangkitan teruk COVID-19 menerima kedua-dua suntikan awal, jika mereka belum divaksin, dan tambahan dos vaksinasi.
Ini termasuk individu berusia 60 tahun dan ke atas, mereka yang ada masalah perubatan berusia enam bulan dan ke atas serta penduduk di kemudahan jagaan warga senja.
"Pekerja jagaan kesihatan dan mereka yang tinggal atau bekerja dengan individu yang ada masalah perubatan digalakkan untuk menimbangkan vaksin tersebut," menurut MOH.
"Individu lain yang berusia enam bulan dan ke atas yang mahu menerima vaksin COVID-19 boleh terus berbuat demikian."
Individu belum divaksin yang berusia enam bulan hingga empat tahun harus menerima dua dos, dengan jarak lapan minggu. Jika mereka berusia lima tahun dan ke atas, hanya satu dos disarankan memandangkan kebanyakan penduduk Singapura sudah ada sedikit sebanyak perlindungan daripada jangkitan COVID-19 sebelum ini.
Individu yang berusia enam bulan dan ke atas yang sedang menerima dos tambahan harus menerimanya sekitar setahun atau sekurang-kurangnya lima bulan daripada dos vaksin terakhir.
Vaksinasi COVID-19 adalah percuma bagi semua individu yang layak di bawah Program Vaksinasi Nasional.
JTVC DITUTUP
MOH juga mengumumkan pada Jumaat bahawa baki lima JTVC Singapura akan dihentikan operasinya.
MOH menarik perhatian bahawa hampir 500 klinik doktor keluarga (GP) dan 10 poliklinik menyediakan vaksinasi COVID-19 sekarang ini. Lebih banyak klinik GP juga akan menawarkan vaksin COVID-19, tambahnya.
Lantaran itu, lima JTVC - di Bukit Merah, Jurong East, Kaki Bukit, Sengkang dan Woodlands - akan ditutup mulai 1 Disember.
"JTVC sudah memberikan khidmat yang baik dengan menyediakan ujian dan suntikan vaksin kepada orang ramai semasa pandemik," menurut MOH.
Mereka yang mahu mendapatkan vaksinasi di pusat-pusat itu harus melakukannya menjelang 30 November atau menempah temu janji online.
Pasukan-pasukan vaksinasi bergerak yang menawarkan vaksin COVID-19 juga akan terus dikerahkan di merata Singapura, tambah MOH.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.